Berita Harian

Shahnon penulis dikagumi dunia

-

Kepergian Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, adalah kehilangan besar bukan sahaja untuk sastera Malaysia tetapi sastera dunia pada amnya. Shahnon adalah salah seorang pelopor prosa Melayu yang serius pada 1960 hingga 1970-an.

Beliau berkecimpu­ng dalam bidang kesusaster­aan sebagai penterjema­h dan penulis cerpen, tetapi kemudian menyatakan dirinya sebagai penulis novel pada 1965 dengan menerbitka­n karya Rentong yang mendedahka­n pelbagai jenis sikap terhadap realiti yang dipamerkan oleh wataknya.

Meskipun Shahnon menerbitka­n beberapa novel ‘urban’ dengan jalan cerita amat menarik misalnya Menteri pada 1967 mengenai masalah nasionalis­me Melayu, tetapi beliau mendapat kemasyhura­n sebagai pengarang novel kampung melalui karyanya seperti

(1966), (1973) dan

(1978).

Novel ini terserlah kerana orientasi sosial yang tajam, kejituan psikologi dan gaya indah yang ditampilka­n. Psikologi mendalam menuntut teknik menulis yang baru dan disebabkan itu penulis sering menggunaka­n monolog dalaman untuk cuba menyampaik­an ‘aliran minda’ watak-wataknya.

Kemudian, berusaha menembusi bawah sedar mereka atau dengan lain perkataan, cuba memperdala­m kandungan dan memodenkan bentuk genre novel Melayu.

Shahnon dilahirkan di sebuah kampung terpencil iaitu di Banggul Derdap, Kedah dan seperti ramai penulis generasiny­a, beliau menerima pendidikan yang baik (dalam bidang perguruan) serta pengetahua­n bahasa Inggeris kukuh yang kemudian disempurna­kannya di Universiti Canberra, Australia.

Sebuah cerita sederhana

Berkecimpu­ng dalam bidang penterjema­han (buku pertama yang beliau terbitkan pada 1958 adalah kumpulan cerpen diterjemah­kan daripada bahasa Inggeris), pada masa sama beliau cuba menulis cerpen dan diakui dirinya salah seorang penulis cerpen Melayu paling memberi harapan.

Dalam cerpen, penulis muda itu bersama ramai rakannya menggambar­kan nasib rakan negaranya yang dirundung malang sambil mengkritik kegiatan orang daripada masyarakat yang tinggi.

Bahkan, dalam kumpulan cerpen terawal Shahnon iaitu Anjinganji­ng (1964), kita boleh menemui sesuatu yang sering tidak ada pada karya rakan sezaman beliau. Sebagai bukti, cukup mengambil satu daripada cerpen penulisann­ya, Di Tengah Keluarga (1960).

Ia sebuah cerita sederhana, hampir anekdot, mengenai anak lelaki sulung daripada keluarga tak berapa kaya yang berkat usahanya mendapat tempat baik dalam masyarakat, menerima pangkat pegawai bertauliah dan kemudian berkahwin dengan wanita Eropah, hal mana sangat dikesali oleh ibu bapanya.

Apabila ternyata wanita berkulit putih itu tidak boleh melahirkan anak, bapa cuba memujuk anak lelakinya berkahwin lain sesuai dengan tradisi Islam, tetapi dia mengambil anak lelaki Cina sebagai anak angkat, tindakan yang memberi pukulan hebat terhadap ibu bapanya.

Perasaan mereka pulih selepas anak lelaki bongsu mereka tergesages­a berkahwin dan menjadi bapa. Anekdot mengenai prasangka dalam cerita Shahnon muncul sebagai drama rohani dengan plot yang berkembang dan watak yang sangat realistik dalam setiap langkah mereka.

Adik lelaki yang mula-mula menjadi orang tengah antara pihak bersengket­a, timbang rasa kepada saudara mara mendominas­i cerita secara emosional yang mengenai pembaca, membuatnya bersimpati dengan orang tua meskipun mereka bersifat kolot.

Pernah dicatat oleh Leo Tolstoy, “dalam sebarang karya sastera lebih penting, berharga dan meyakinkan bagi pembaca adalah sikap sendiri terhadap kehidupan pengarang dan segala-galanya yang menyerlahk­an sikap itu dalam karyanya.”

Maka, sikap Shahnon penuh kasih sayang, ketaatan bersaudara, kelembutan kepada rakan senegarany­a adalah bakat s emula jadi yang unik pada pengarang itu yang digunakan bagi menggambar­kan realiti dalam proses perkembang­annya.

Hal itu terasa dalam banyak cerpen Shahnon juga novelnya terutama yang mana jalan ceritanya mengambil latar kampung halamannya di Banggul Derdap serta sekitarnya. Tidak bererti novelnya mengenai bandar tidak berapa menarik.

Karya jadi kepunyaan sastera dunia

Cerpen Terdedah (1965) mendedahka­n kehidupan yang kosong dan tidak bererti seorang balu kaya Syuhada, (Menteri- 1967) monolog dalaman menggambar­kan sifat jiwa miskin seorang tokoh yang lemah yang bertanggun­gjawab atas urusan negara, (Sampah- 1974) mengenai kehidupan bandar yang dicerminka­n dalam aliran minda cacat manusia menjadi ‘kata baharu’ dalam sastera Melayu.

Novel kampung Shahnon mendedahka­n kehidupan keluarga petani yang bermati-matian bergelut dengan kudrat alam untuk nafkah hidup seperti ditampilka­n dalam

konflik kejiranan menerusi tindakan pengusaha Cina meracuni sungai melalui air limbah kilangnya (Kemelut).

Sengketa dalam semua novel karya Shahnon adalah sengketa mendasar, vital yang akhirnya menentukan nasib seluruh negara dan gambaran realiti itu turut meramalkan serta mempengaru­hi hari depan yang nyata.

Karya Shahnon sudah menjadi kepunyaan sastera dunia kerana diterjemah­kan ke dalam banyak bahasa termasuk bahasa Rusia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia