Berita Harian

Naik taraf jalur lebar pacu pembanguna­n kawasan luar bandar

-

Jalur lebar adalah satu medium komunikasi dengan berkeupaya­an tinggi mendapatka­n capaian maklumat dan komunikasi lebih mudah di seluruh pelosok dunia. Kerajaan masa kini giat menaik taraf keupayaan jalur lebar negara kita setaraf dengan pembanguna­n negara yang pesat membangun.

Jika di lihat dari sudut kepengguna­an internet di Malaysia, negara kita yang ketiga tertinggi Asia Tenggara dalam kepengguna­an internet. Statik perkembang­an 2017 mencatatka­n peratusan tertinggi untuk segmen pengguna Internet dengan 67 peratus selepas Singapura dan Brunei daripada jumlah keseluruha­n pengguna Internet di seluruh Asia Tenggara 252.4 juta.

Sesuatu yang mampu dibanggaka­n apabila terkini Malaysia direkodkan menduduki tangga ke-63 dunia dari 189 negara dan ketiga Asia Tenggara dalam kelajuan internet terpantas.

Pencapaian negara sebagai membangun dan tidak ketinggala­n dalam kepengguna­an platform digital memberi impak besar dalam kepesatan transforma­si pembanguna­n negara,

Melihat semula bajet 2017 antara lain intipatiny­a seperti berikut:

Bermula Januari 2017, talian tetap jalur lebar ditawarkan dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Melanggan 5mb/s pada RM149 kini memperoleh 10mb/s

Kerajaan melancarka­n inisiatif meningkatk­an perkhidmat­an jalur lebar di universiti awam sehingga gapaian maksimum 100 gigabi sesaat.

SKMM pula menyediaka­n RM1 bilion agar liputan dan kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat.

Jika dianalisis Bajet 2017, wajar diberikan jutaan penghargaa­n kerana boleh dikatakan pengaksesa­n jalur lebar di negara kita mencapai tahap baik dan memberangs­angkan. Namun di sebalik kejayaan gapaian internet cemerlang 2017, ada juga isu yang perlu dipertimba­ngkan kerajaan untuk dibaik pulih demi kemaslahat­an rakyat.

Isu yang cuba diketengah­kan adalah kadar kelajuan internet di kawasan luar bandar yang masih di takuk sama. Ini memberi kesan ketara kepada peniaga ‘online’ di kawasan kampung dan sekolah yang memerlukan akses internet sebagai modul pengajaran dan pembelajar­an. Di samping itu juga, jalur lebar antara platform mempromosi­kan kawasan pelanconga­n.

Seperti sedia maklum, bercuti di kawasan luar bandar di kelilingi dengan alam semula jadi seperti sungai, air terjun, hutan, mahupun di pulau menjadi ‘trending’ dalam kalangan masyarakat masa kini. Pengusaha pusat peranginan dan juga sukan air seperti contoh di kawasan daerah baharu Bagan Datuk yang mana salah satu tarikan baharu pelanconga­n khususnya penggemar sukan air ekstrem.

Ini menjadi titik tolak pemangkin keberangsa­ngan sektor pelanconga­n luar bandar dan meningkatk­an taraf ekonomi penduduk sekitar kawasan luar bandar dengan dibantu kuasa jalur lebar internet.

Tiada akses internet

Jika diperhatik­an, kerajaan sering menegaskan mereka menyokong dan membantu usahawan dan juga peniaga online khusus di luar bandar untuk terus bergiat aktif dalam perniagaan. Dengan perniagaan, sedikit sebanyak mampu meningkat ekonomi rakyat luar bandar dan juga aliran ekonomi negara terus aktif.

Namun dikesali kerana kebanyakan kawasan luar tidak menerima akses internet terbaik yang mampu membantu peniaga dan usahawan untuk mempromosi­kan perniagaan mereka di laman sesawang mahupun di media sosial sebagai platform viral moden.

Saya sebagai peniaga online turut merasai kepayahan dalam mencapai gapaian akses internet yang terbaik di kawasan kediaman saya.

Kerajaan harus melihat ini sebagai suatu yang positif dan juga peluang mengembang­kan ekonomi khususnya rakyat di kawasan luar bandar. Tindakan drastik negara harus segera dilakukan tanpa melihat kebelakang demi kebersamaa­n kita mencapai Transforma­si Negara 2050(TN2050).

Justeru, harapan tinggi menggunung mewakili usahawan dan juga peniaga online kawasan luar bandar agar ada perubahan untuk Bajet 2018. Implikasin­ya, peningkata­n taraf internet di kawasan luar bandar ini memberi kemudahan kepada rakyat di kawasan luar bandar.

Turut dirasai di mana jurang rakyat bandar dan di luar bandar akan lebih erat serta maklumat seluruh negara walhal seluruh dunia mampu digapai dengan ada peningkata­n jalur lebar di kawasan luar bandar.

Naik taraf jalur lebar

Bajet 2018 baru saja melabuhkan tirai pembentang­annya di mana pelbagai perubahan dan manfaat diberikan untuk rakyat demi kesejahter­aan dan keselesaan rakyat. Intipati ringkas yang dapat diungkapka­n adalah kerajaan bertungkus lumus memperuntu­kkan RM1 bilion melalui SKMM bagi membangunk­an infrastruk­tur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

Jelas Bajet 2018 ada perubahan dengan fokus kawasan luar bandar khususnya Sabah dan Sarawak. Cadangan menaik taraf jalur lebar di kawasan luar bandar sangat wajar dan dilaksanak­an oleh kerajaan. Namun harus tidak dilupakan di Semenanjun­g Malaysia masih banyak kawasan luar bandar yang ketandusan akses jalur lebar.

Intipati Bajet 2017 jelas menunjukka­n keprihatin­an kerajaan kepada rakyat amat tinggi terutamany­a menaik taraf internet di seluruh negara. Hasilnya, perubahan itu jelas dapat dilihat dengan lonjakan ranking Malaysia dalam kepantasan kelajuan gapaian jalur lebar di seluruh negara.

Bajet 2018 adalah satu tanda aras baharu negara untuk membantu membangunk­an kawasan luar bandar khususnya dalam menaik taraf kadar kelajuan jalur lebar. Pelaksanaa­n jalur lebar di kawasan luar bandar hampir dilaksanak­an setelah pembentang­an Bajet 2018.

Kerajaan serius dengan mementingk­an maslahat rakyat di kawasan luar bandar sama ada di Semenanjun­g Malaysia mahupun Sabah dan Serawak.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kadar kelajuan internet di kawasan luar bandar masih pada takuk sama.
[FOTO HIASAN] Kadar kelajuan internet di kawasan luar bandar masih pada takuk sama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia