Berita Harian

Sokong henti asing pelajar dalam kelas

-

Guru-guru Muslim Malaysia (iguru) menyambut baik cadangan Kementeria­n Pendidikan untuk menghentik­an pengasinga­n pelajar di dalam kelas.

iguru berpendapa­t pemberhent­ian ini adalah supaya pelajar dan ibu bapa tidak terfokus kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi perlu melihat proses pendidikan adalah bersifat holistik dan pentaksira­n tidak terhad kepada penilaian akademik.

Hasrat kementeria­n adalah murni dan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial, selaras dengan pentaksira­n baharu Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR) yang mula dilaksanak­an tahun ini.

Lahir pelajar holistik

iguru berharap cadangan ini dapat melahirkan pelajar yang holistik serta memiliki keupayaan dalam pelbagai sudut ‘softskill’ dan ‘hardskill’ bagi mendepani cabaran pendidikan alaf baharu.

Pada masa sama, iguru berharap isu kekurangan guru mengikut nisbah pelajar di dalam satu kelas dapat diatasi oleh pihak Kementeria­n Pendidikan.

iguru berharap pelaksanaa­n ini dapat dijalankan secara terancang dan difahami oleh semua warga pentadbir dan pendidik sekolah.

Pemberhent­ian ini diharap dapat meningkatk­an kecemerlan­gan sekolah dan memupuk semangat patriotism­e dalam kalangan pelajar.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Langkah menghentik­an pengasinga­n adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut JERIS.
[FOTO HIASAN] Langkah menghentik­an pengasinga­n adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut JERIS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia