Berita Harian

Warga dunia bersatu sambut 2018

Rakyat tagih Tahun Baharu lebih dinamik, dekatkan diri dengan keamanan

- ̌ New York

Kebanyakan bandar raya utama di seluruh dunia menyambut Tahun 2018 dengan harapan melihat senario lebih ceria bermula hari ini bagi mendekatka­n diri dengan keamanan.

Sambutan dapat dilihat menerusi pelbagai acara, termasuk persembaha­n hiburan serta percikan bunga api yang menyemarak­kan lagi suasana sekali gus menye barkan kegembiraa­n buat warga negara seluruh global.

Samoa, Tonga dan Kiritimati menjadi negara pertama menyambut kedatangan 2018 manakala Amerika Syarikat adalah negara paling terakhir untuk meraikan tahun baharu.

Sambutan bermula petang semalam dan berterusan sehingga awal pagi hari ini.

Sydney, bandar raya terbesar di Australia adalah antara yang terawal selain Wellington di New Zealand menyambut 2018 dengan pertunjuka­n bunga api menakjubka­n.

Sambutan kemudian bergerak ke Asia, Asia Barat, Afrika, Eropah dan akhirnya ke Amerika untuk mengucapka­n salam berpisah kepada 2017.

Goa dan Kerala di India disifatkan destinasi paling dikunjungi menjelang malam Tahun Baharu.

Laung kiraan tahun baharu

Kirakira lima minit menjelang tengah malam, Presiden Russia mengekalka­n tradisi memberi ucapan Tahun Baharu menerusi televisyen.

Di Dubai, pertunjuka­n bunga api meraikan Tahun Baharu boleh dilihat di sekitar pantai Jumeirah dan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, Burj Khalifa manakala di Madrid, warga tempatan melaungkan kiraan tahun baharu seiring putaran jarum jam terletak di bahagian atas bangunan Casa de Correos di Puerta del Sol Square. Mereka juga mempunyai kepercayaa­n makan 12 biji anggur sebelum ketibaan Tahun Baharu.

Pertunjuka­n bunga api di Rio de Janeiro, Brazil yang disenaraik­an antara 10 terhebat dunia turut menyerikan suasana, khasnya di pantai Copacabana yang tersohor manakala lambungan bola gergasi di tengah khalayak ramai di Times Square, New York menjadi tarikan utama setiap kali sambutan Tahun Baharu.

Selain itu, bola kristal Waterford yang terletak di bumbung One Times Square turun menyusuri tiang setinggi 21 meter sebelum berpatah semula ke bumbung kirakira 60 saat sebelum beralih tahun menjadi penanda utama permulaan Tahun Baharu.

 ?? [ FOTO AFP ] ??
[ FOTO AFP ]
 ??  ?? menunjukka­n percikan bunga api di Sydney manakala gambar bawah (kanan) tiga gadis India menyambut Tahun Baharu di Amritsar, India dan sambutan sama di Singapura, semalam (kiri). Gambar atas
menunjukka­n percikan bunga api di Sydney manakala gambar bawah (kanan) tiga gadis India menyambut Tahun Baharu di Amritsar, India dan sambutan sama di Singapura, semalam (kiri). Gambar atas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia