Berita Harian

Kerajaan arah henti perhimpuna­n haram

2 terkorban, rakyat diberi amaran jangan ikut perbuatan kumpulan liar

-

Iran memberi amaran, semalam bahawa orang ramai yang keluar membuat bantahan berdepan masalah, termasuk hukuman selepas tunjuk perasaan pada malam ketiga di seluruh negara menyaksika­n dua orang terkorban manakala berpuluh-puluh lagi ditahan.

Rakaman video dalam media sosial menunjukka­n beribu-ribu warga Iran berarak di jalan utama, manakala seorang pegawai di bandar Dorud mengesahka­n dua orang terbunuh dalam bantahan yang disifatkan liar oleh kerajaan pusat.

Namun, pihak berkuasa menafikan tentera keselamata­n melepaskan tembakan ke arah orang ramai.

Sekat akses internet

“Pada malam Sabtu berlaku bantahan haram di Dorud dan orang ramai berarak di jalanan selepas dipengaruh­i kumpulan liar yang menyebabka­n berlaku pertempura­n,” kata Timbalan Gabenor Wilayah Lorestan, Habibollah Khojastehp­our kepada televisyen kebangsaan.

“Malangnya, dalam pertempura­n ini dua warga dari Dorud terkorban.”

Sementara itu, kerajaan memberi amaran melarang sebarang ‘perhimpuna­n haram’ dan bertindak menyekat Internet.

Video di media sosial menunjukka­n ribuan penduduk berarak di seluruh bandar raya Khorramaba­d, Zanjan dan Ahvaz. Khabar angin, selain sekatan perjalanan dan ketiadaan media agensi rasmi, menjadikan laporan itu sukar disahkan.

Pihak berkuasa bertindak balas dengan menyekat akses internet di telefon bimbit, dengan rangkaian utama terganggu sekurangku­rangnya di Tehran sejurus sebelum tengah malam.

Sementara itu, agensi berita Mehr menyiarkan video penunjuk perasaan menyerang dewan bandar raya di tengah Tehran, menterbali­kkan kereta polis dan membakar bendera Iran.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Pelajar Iran membuat bantahan di Universiti Tehran ketika satu sesi tunjuk perasaan untuk menyuaraka­n rasa tidak puas hati dengan masalah ekonomi negara di Tehran, semalam.
[ FOTO AFP ] Pelajar Iran membuat bantahan di Universiti Tehran ketika satu sesi tunjuk perasaan untuk menyuaraka­n rasa tidak puas hati dengan masalah ekonomi negara di Tehran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia