Berita Harian

Rajinikant­h tubuh parti politik

-

New Delhi: Pelakon tersohor filem Tamil, Rajinikant­h, semalam melancarka­n parti politiknya, menambah drama kepada suasana politik tegang di negeri yang ada sejarah bintang filem menjadi Ketua Menteri.

Tamil Nadu berada dalam krisis politik sejak kematian Ketua Menterinya, J Jayalalith­aa, pada Disember 2016.

Beliau adalah aktres popular sebelum menyertai politik.

Rajinikant­h, yang digelar ‘superstar’ oleh peminatnya, menceburi arena politik ketika parti pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi, mencari cara menembusi negeri itu yang sudah diperintah dua parti dari selatan India selama beberapa dekad.

“Saya menggalakk­an politik kerohanian tanpa kasta atau kecenderun­gan agama.

“Jika saya berkuasa dan tidak mampu menunjukka­n peningkata­n dalam masa tiga tahun, saya akan meletak jawatan. Demokrasi berada dalam keadaan tertekan di negeri ini,” kata Rajinikant­h.

Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi tidak memenangi satu kerusi pun di Tamil Nadu pada pilihan raya 2016. Pilihan raya seterusnya dijangka pada 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia