Berita Harian

Djokovic tarik diri saat akhir

Jejas kemeriahan tanpa kehadiran pemain bintang

-

Pembuka musim tradisi, Terbuka Qatar bermula hari ini tanpa kehadiran pemain bintang selepas Novak Djokovic menarik diri pada saat akhir.

Juara kejohanan sepanjang dua tahun lalu, Djokovic, menarik diri semalam disebabkan masalah kecederaan sikunya berterusan.

Ketiadaann­ya adalah berita buruk buat penganjur kejohanan lain sekali gus menimbulka­n keraguan terhadap penyertaan­nya pada Terbuka Australia pada pertengaha­n Januari ini - dan juga memberi kesan terhadap kejohanan itu yang reputasiny­a semakin meningkat sejak beberapa musim sebelum ini.

Thiem pemain pilihan

Bintang Serbia itu menewaskan pemain Britain, Andy Murray tahun lalu, kemudian pemain nombor satu dunia itu menewaskan lawannya dalam aksi final yang mendebarka­n di hadapan penonton di Doha, termasuk pemain bola sepak Bayern Munich yang berada di Qatar bagi latihan musim sejuk dan pengerusi Paris Saint-germain, Nasser al-khelaifi.

Tahun sebelumnya, Djokovic menundukka­n Rafa Nadal di aksi final yang menarik, pemanas badan baginya sebelum merangkul gelaran Terbuka Australia kali keenam beberapa minggu kemudian.

Tahun ini, biarpun barisan pemain yang menyertai saingan di Qatar kurang menarik, tetapi ia bakal memberi peluang kepada bintang baru tenis untuk menonjolka­n diri.

Dengan ketiadaan Djokovic, pemain pilihan utama diberikan kepada pemain nombor lima dunia, Dominic Thiem.

 ??  ?? Djokovic menarik diri disebabkan kecederaan sikunya belum pulih.
Djokovic menarik diri disebabkan kecederaan sikunya belum pulih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia