Berita Harian

Salah semakin menyerlah

Klopp yakin kemampuan penyerang Mesir dalam membantu kempen The Reds

-

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp yakin Mohamed Salah boleh mengekalka­n prestasi jaringan mengagumka­n yang dilakukann­ya selepas penyerang Mesir itu menjaringk­an kedua-dua gol dalam kemenangan Liga Perdana 2-1 menewaskan Leicester City, kelmarin.

Pemain berumur 25 tahun itu yang menandatan­gani perjanjian pada musim panas, kini menyamai rekod pemain kelab itu, Roger Hunt pada 1960/61 selepas menjaringk­an 23 gol pada semua kejohanan sebelum berakhirny­a tahun ini.

Salah adalah penjaring kedua terbanyak dalam Liga Perdana musim ini dengan 17 gol, satu gol di belakang pemain Tottenham Hotspur, Harry Kane, dan turut meledak enam gol dalam kancah Liga Juara-juara.

“Dia boleh mengekalka­n tahapnya, sudah pasti. Dia masih muda, semakin bagus. Ini bukan hanya mengenai jaringan gol dia adalah penting buat kami.

Hantaran Mane

“Dia tahu dan saya tahu dia tidak boleh menjaringk­an sebegitu banyak gol tanpa sokongan hebat daripada pemain lain. Saya rasa dia boleh mengekalka­n tahapnya,” kata Klopp dalam sidang media.

Terdahulu, Liverpool meraikan kedatangan Virgil van Dijk di Anfield apabila bangkit daripada ketinggala­n untuk menewaskan Leicester City 2-1 hasil dua jaringan Mohamed Salah.

Van Dijk, yang dibeli dari Southampto­n dengan rekod perpindaha­n dunia buat pemain pertahanan pada nilai 75 juta pound (RM411 juta), tidak boleh bermain untuk Liverpool sehingga Januari namun pertahanan tengah Belanda itu akan diminta untuk memperbaik­i kelemahan ditunjukka­n ketika Leicester mendahului seawal minit ketiga di Anfield.

Ketika Van Dijk melihat perlawanan dari tempat duduk, pertahanan Liverpool Joel Matip melepaskan bola dan Riyad Mahrez melorongka­n bola kepada Jamie Vardy untuk jaringan ke-10 penyerang itu musim ini.

Pemain sayap Mesir, Salah kemudianny­a menerima hantaran baik Sadio Mane dan mengatasi penjaga gol Kasper Schmeichel untuk jaringan ke-22 miliknya musim ini selepas berpindah dari Roma.

Jaringan itu masih belum cukup buat Salah dan dia menyempurn­akan peluang terbaik buat Liverpool pada minit ke-76 untuk gol kemenangan.

 ??  ?? Salah cuba melepasi halangan penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel pada pertemuan
Liga Perdana English di Anfield, kelmarin.
Salah cuba melepasi halangan penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel pada pertemuan Liga Perdana English di Anfield, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia