Berita Harian

Dybala terus julang Juventus

-

Milan: Dua gol sumbangan Paulo Dybala memastikan Juventus terus menekan pendahulu Serie A, Napoli yang hanya berkelebih­an satu mata di depan selepas membenam cabaran Verona 3-1 sekali gus menjarakka­n kedudukan dengan tiga pasukan di belakang – Milan, Roma dan Lazio.

Napoli yang meraih kemenangan 1-0 ketika menewaskan Crotone Jumaat lalu memimpin carta liga dengan 48 mata daripada 19 aksi setakat ini.

Tonggak tengah Juventus, Blaise Matuidi tidak menunggu lama untuk meletakkan pelawat di depan seawal minit keenam sebelum tuan rumah mengikat kedudukan 1-1 hasil sentuhan Martin Caceres di minit ke-59.

Bagaimanap­un, pelawat yang hadir dengan status juara bertahan kembali memimpin aksi menerusi dua gol Dyabala pada minit ke-72 dan 77, sekali gus menyaksika­n dirinya merekodkan 14 gol dalam kempen liga.

Leka menghukum

“Kita semua tahu ia bukan suatu persembaha­n yang terbaik kami,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri.

“Kami meletakkan kemenangan Roma - Sampdoria Torino - Inter - Verona Sassuolo

- SPAL 2013 Genoa

Lazio

- Juventus dalam risiko selepas permulaan yang baik pada awalnya, namun kami agak leka dan akhirnya membuat kesilapan yang mengundang kepada gol penyamaan lawan.

“Mujur kami berjaya bangkit dan kesilapan itu harus diperbaiki kerana kita baru mengharung­i separuh perjalanan dengan memiliki baki 19 aksi untuk dihabiskan musim ini.

“Apapun, kemenangan ini cukup bermakna bagi membolehka­n pasukan terus menghimpit Napoli yang dilihat memperagak­an aksi amat baik ketika ini,” katanya.

 ??  ?? Paulo Dybala
Paulo Dybala

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia