Berita Harian

Sebulan tanpa Ibrahimovi­c

Mourinho turut gusar kecederaan kepala dialami peledak Romelu Lukaku

-

Pengendali Manchester United, Jose Mourinho mendedahka­n Zlatan Ibrahimovi­c tidak dapat beraksi untuk tempoh sebulan, tetapi dia berharap Romelu Lukaku akan kembali cergas selepas mengalami kecederaan di kepala.

Ibrahimovi­c dikeluarka­n ketika rehat sewaktu United seri menentang Burnley pada Boxing Day, tetapi Mourinho tidak mendedahka­n tahap kecederaan yang dialami bekas bintang Paris Saintgerma­in itu sehingga terpaksa berehat sepanjang Januari.

“Zlatan berehat sebulan,” kata Mourinho selepas keputusan seri 00 menentang Southampto­n.

Ibrahimovi­c baru sahaja kembali menyertai skuad United selepas terlepas separuh babak awal musim ini kerana kecederaan lutut dialaminya April lalu.

Bantuan oksigen

Tanpa Ibrahimovi­c untuk tempoh yang panjang, Mourinho berdepan pula masalah baharu apabila penyerang Belgium, Lukaku diusung keluar pada babak pertama menentang Southampto­n selepas kepalanya terhantuk kepala Wesley Hoedt.

Dia menerima rawatan hampir lima minit sebelum di keluarkan dari padang sambil memakai topeng oksigen.

Namun bagi Mourinho keadaan Lukaku tidak serius.

“Itulah bola sepak. Dia cuma tidak bernasib baik. Saya rasa dia berebut bola dengan pertahanan Belanda itu dan Lukaku tidak bernasib baik, Hoedt juga tidak bernasib baik.

“Tidak ada apaapa yang agresif dan saya harap, tidak ada yang serius. Tetapi akibatnya dia tidak dapat bermain untuk baki perlawanan tadi,” katanya.

Perlawanan United seterusnya ialah menentang kelab lama Lukaku, Everton di Goodison Park esok (jam 1. 30 pagi waktu Malaysia hari ini). AFP

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Ibrahimovi­c dihimpit pemain Burnley's, Steven Defour dan Jack Cork.
[ FOTO REUTERS ] Ibrahimovi­c dihimpit pemain Burnley's, Steven Defour dan Jack Cork.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia