Berita Harian

Conte tetap bangga kejayaan Chelsea

-

London: Pengurus Chelsea, Antonio Conte menganggap musim 2017 adalah yang terbaik buat juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) terutamany­a selepas membelasah Stoke City 50, kelmarin.

Walaupun skuad kendalian Conte ketinggala­n agak jauh daripada pendahulu liga, Manchester City, pengendali dari Itali itu tetap gembira dengan pencapaian yang diraihnya sejak membimbing The Blues 12 bulan lalu.

Pada tahun pertamanya, Conte cemerlang menghadiah­kan kejuaraan EPL kepada Chelsea selain turut melangkah ke perlawanan akhir Piala FA sebelum tumbang dalam aksi kemuncak itu.

“Saya gembira untuk menutup tahun ini dengan catatan yang dilakukan, baik untuk pemain, baik untuk kelab dan juga penyokong,” kata Conte.

“Tahun 2017 sungguh menakjubka­n kerana memenangi kejuaraan di England bukan mudah.

“Pastinya kejayaan menjulang trofi di musim pertama akan sentiasa diingati dalam fikiran saya, dan untuk tahun depan kami masih lagi bersaing dalam empat pertanding­an utama,” kata bekas pengendali kebangsaan Itali itu.

Naik tangga kedua

Memiliki ramai pemain berbakat, Conte dilihat tidak berhadapan dengan sebarang masalah untuk melakukan perubahan dalam kesebelasa­n utama ketika menentang Stoke City di Stamford Bridge.

Dengan merehatkan bintang mereka seperti Eden Hazard, Cesc Fabregas dan Andreas Christense­n, tuan rumah meraih jaringan menerusi Rudiger pada minit ketiga, Danny Drinkwater (m9), Pedro (m23), Willian (m73) dan sepakan penalti Davide Zappacosta (m88).

“Kami mengharung­i lima perlawanan sukar bulan ini. Kami perlu bersaing untuk merebut tempat ke Liga Juarajuara.

“Jadi kami perlu meletakkan diri dalam setiap perlawanan untuk mendapat tiga mata penuh dan memberi tekanan kepad pasukan di atas,” katanya.

Kemenangan ini menyaksika­n Chelsea mengambil alih tempat kedua daripada Manchester United yang terikat tanpa jaringan ketika bertemu Southampto­n.

Chelsea kini mengutip 45 mata dalam 21 perlawanan setakat ini, manakala pendahulu liga Manchester City mengumpul 58 mata dalam 20 aksi.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia