Berita Harian

Amy harap terpilih lagi

-

Kuala Lumpur: Pencapaian pingat gangsa di Sukan Komanwel, Glasgow, Scotland 2014 diharap mampu ditukarkan menjelang temasya sama, di Gold Coast, Queensland, Australia 2018.

Gimnas negara, Amy Kwan Dict Weng menyifatka­n atlet negara kali ini lebih baik berbanding sebelum ini, justeru perkara itu cukup positif dan dilihat dapat membantu mendapatka­n keputusan lebih baik kelak.

“Pada April ini kami ada Sukan Komanwel dan saya harap dapat layak bersama pasukan. Andai kata terpilih, ia adalah penampilan kedua saya dalam temasya ini tapi apa pun saya kena lalui pemilihan terlebih dulu.

“Sebagai atlet, saya harap pasukan Malaysia dapat lakukan yang terbaik, lebih baik dari pingat gangsa di Scotland serta mampu berikan saingan sengit dengan negara lain.

“Saya yakin atlet negara lebih kuat berbanding sebelum ini, apatah lagi dengan adanya program baharu,” kata Amy, 22, ketika dihubungi, semalam.

Amy, yang juga penuntut Universiti Malaya (UM) memenangi gangsa keseluruha­n berpasukan pada 2014 bersama dua lagi rakan iaitu Wong Poh San dan Fatin Zakirah Zain Jalany.

Beliau juga antara watak penting apabila membantu negara memenangi pingat emas ke-100 pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu menerusi acara riben individu yang berlangsun­g di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia