Berita Harian

Ismail ulang alik Hong Kong

Bekas penyerang negara beraksi di liga HK hujung minggu tingkatkan prestasi

- Oleh Naqib Nor Said

Selepas namanya semakin tenggelam, bekas penyerang hoki negara, Ismail Abu rupa-rupanya melakukan rutin di luar kebiasaan bagi memastikan kecergasan­nya di tahap terbaik setiap kali menjelang kempen Liga Hoki Malaysia (MHL).

Percaya atau tidak, Ismail yang menyarung jersi Maybank bagi musim 2018 sanggup berulang alik ke Hong Kong setiap hujung minggu untuk beraksi di liga negara itu bersama pasukan Singh Sabah Hockey Club (SSHC).

Menariknya, SSHC menyediaka­n tiket penerbanga­n balik hari yang menyaksika­n bekas penyerang negara itu perlu meluangkan masa selama 16 jam pada setiap hari Ahad, termasuk tempoh perjalanan dan aksi bagi satu-satu perlawanan.

“Kalau ikutkan saya belum mencapai prestasi terbaik sewaktu latihan bersama pasukan baru Maybank, tetapi tidak mengapa sebab dari segi kecergasan saya masih okey.

“Saya masih beraksi secara kompetitif di Hong Kong pada setiap hujung minggu sejak tiga tahun lalu dalam usaha mengekalka­n tahap kecergasan saya.

Mara ke separuh akhir

“Rutin saya pada setiap hari Ahad bermula 9 pagi berlepas dari KLIA ke sana dan tiba jam 2 petang, kemudian turun beraksi pada jam 4 petang sebelum menaiki kapal terbang pada jam 9 malam untuk pulang ke ibu negara.

“ikut penat, kepenatan itu sikit sahaja dirasai kerana saya sudah biasa dengan rutin ini. Lagipun langkah ini lebih jimat buat pasukan terbabit.”

Lebih bermakna, jelas Ismail, 33, untuk musim ini pasukannya bergelar juara Liga Utama Hong Kong dengan liga berkenaan turut mendapat sambutan daripada pemain Pakistan, India, Kanada dan Great Britain.

Malah, dua lagi bekas pemain negara, iaitu penyerang Izwan Firdaus Tajuddin dan Baljit Singh Charun (pertahanan) turut dikatakan beraksi di Hong Kong baru-baru ini.

Ia bukan kali pertama Hong Kong menjadi destinasi pilihan pemain negara kerana pada dua dan tiga musim lalu tonggak negara seperti Faizal Saari, Tengku Ahmad Tajuddin Ab Jalil dan Razie Rahim juga pernah berkelana ke sana.

Ditanya mengenai sasarannya bersama Maybank pada 2018, Ismail yang kontraknya tidak disambung Terengganu Hockey Team (THT) baru-baru ini, berkata dia meletakkan sasaran untuk mara hingga ke pusingan separuh akhir Piala TNB.

 ??  ??
 ??  ?? Ismail masih beraksi di Liga Hong Kong pada setiap hujung minggu sejak tiga tahun lalu.
Ismail masih beraksi di Liga Hong Kong pada setiap hujung minggu sejak tiga tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia