Berita Harian

China jemput skuad wanita

-

Kuala Lumpur: Pencapaian cemerlang sepanjang 2017 menyaksika­n skuad hoki wanita negara mula membuka mata pasukan gergasi dunia, China yang menawarkan untuk mengadakan perlawanan persahabat­an dengan mereka sebelum bermulanya saingan Sukan Asia di Indonesia, Ogos ini.

Pengendali skuad negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang baru menerima surat tawaran itu berkata, jemputan daripada China itu dilihat sebagai satu pengiktira­fan kepada skuad negara yang kini tidak lagi dipandang rendah dan ia sesuatu yang mengejutka­n.

“Kalau dua tahun lalu, hasrat kami untuk mengadakan perlawanan persahabat­an dengan skuad utama China langsung tidak dilayan. Sebaliknya mereka menawarkan untuk mengadakan perlawanan persahabat­an dengan skuad remaja atau kelab.

“Tapi sekarang, skuad utama mereka mahu mengadakan empat siri perlawanan persahabat­an dengan kita di Beijing sebelum bermulanya Sukan Asia.

“Bagi pasukan yang dua tahun lalu tidak mahu bermain dengan kita tetapi sekarang mempunyai persepsi berbeza, saya kira ia adalah satu pengiktira­fan yang besar untuk kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia