Berita Harian

PSM perlu kuatkan mental pemain

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih sepak takraw negara, Abdul Talib Ahmad berpuas hati dengan pencapaian anak buahnya sepanjang tahun 2017 terutamany­a ketika mencapai sasaran yang ditetapkan pada Sukan SEA.

Sepak takraw mempertaha­nkan emas acara regu pada temasya itu Ogos lalu selain satu emas disumbangk­an menerusi chinlone (linking) untuk menepati sasaran.

“Sejak pertengaha­n tahun 2016, tumpuan banyak terarah kepada Sukan SEA 2017, kita mencapai sasaran dua emas,” kata Abdul Talib.

“Bagaimanap­un saya akui, persembaha­n pemain masih perlu diperbaiki. Masih ada ruang untuk peningkata­n.

“Namun pada masa yang sama, saya sedar pemain sudah memberikan yang terbaik. Selepas melakukan post mortem, kelemahan mental menjadi punca. Apabila kita terlalu inginkan sesuatu, ia akan mencetuska­n tekanan,” katanya.

Perejam cedera

Walaupun menang acara regu, kekalahan skuad negara kepada Indonesia dalam acara berpasukan menjadi ‘buah mulut’ dalam kalangan peminat tempatan pada Sukan SEA itu.

Malah ia berulang pada separuh akhir di Piala Raja Thailand awal bulan ini apabila mereka tewas kepada Korea Selatan selepas mengharung­i jadual padat untuk mempertaha­nkan emas dalam acara regu dan quadrant (berempat).

“Kecederaan dua perejam menjelang separuh akhir memberikan kesukaran kepada kita. Pilihan pemain amat terhad,” kata Abdul Talib.

Pada saingan regu di Piala Dunia Istaf (Persekutua­n Sepaktakra­w Antarabang­sa) di India pada bulan lalu Malaysia mempamerka­n saingan sengit sebelum tewas kepada Thailand.

“Sebagai jurulatih, ada kejohanan yang kita berpuas hati, ada juga yang meraih pencapaian yang seimbang. Namun secara keseluruha­n, banyak perkara yang boleh dipelajari menjelang persiapan Sukan Asia 2018,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia