Berita Harian

Chong Wei tagih ihsan BWF

Jaguh perseorang­an negara akui letih harungi 19 kejohanan Tahap 2 pada usia 35 tahun

- Oleh Helmi Talkah

Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei berharap Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) dapat memberikan dia pengecuali­an daripada beraksi dalam semua 12 kejohanan Tahap 2 atau sebelum ini dikenali Siri Super pada 2018.

Chong Wei yang juga pemain nombor dua dunia berkata, dengan usianya kini 35 tahun, adalah mustahil untuk dia menyertai semua kejohanan yang diwajibkan itu apatah lagi dia juga perlu beraksi dalam beberapa lagi kejohanan utama termasuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Berdasarka­n peraturan BWF, semua pemain 10 terbaik dunia wajib untuk beraksi dalam 12 kejohanan Tahap 2 dan jika gagal menyertain­ya tanpa alasan kukuh, pemain boleh didenda.

“Jika saya tetap beraksi dalam semua 12 kejohanan itu, secara keseluruha­nnya saya perlu beraksi dalam 19 kejohanan pada 2018. Ini termasuk tujuh lagi kejohanan lain iaitu Kejohanan Berpasukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Thomas, Kejohanan Asia, Sukan Asia, Kejohanan Dunia dan Siri Super Akhir.

Sudah bincang dengan BAM

“Dengan usia saya sekarang, sukar untuk saya bermain dalam 19 kejohanan setahun...lainlah kalau sekarang saya berusia 25 tahun dan pastinya tiada masalah untuk saya. Saya sudah bincangkan perkara ini dengan barisan jurulatih dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia).

“Malah, saya juga sudah mengadakan perbincang­an dengan BWF memohon pengecuali­an daripada badan induk itu. Saya harap mereka boleh pertimbang­kannya,” kata Chong Wei.

Pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu berkata, dia perlu memberi keutamaan kepada kejohanan lebih penting khususnya Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia (April); Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah (Februari); Piala Thomas di Bangkok, Thailand (Mei) dan Sukan Asia di Jakarta, Indonesia (Ogos).

 ??  ?? daripada beraksi dalam semua 12 kejohanan Tahap 2.
daripada beraksi dalam semua 12 kejohanan Tahap 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia