Berita Harian

Latif mahu lompat lebih jauh

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Kuala Lumpur: Jaguh lompat jauh paralimpik negara, Abdul Latif Romly

mahu memastikan dirinya berupaya memecahkan catatan peribadi terbaik pada 2018 tatkala gagal merealisas­ikan impian itu sebelum ini.

Latif menyifatka­n secara keseluruha­n dia berpuas hati dengan pencapaian pingat diraih sepanjang 2017, namun masih gagal memperbaik­i catatan miliknya itu dengan lompatan sejauh 7.60 meter (m) yang juga rekod dunia.

Atlet kelahiran Perlis itu mencipta jarak berkenaan untuk merangkul pingat emas dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajar­an) di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016.

“Secara keseluruha­n, saya berpuas hati kerana dapat mempertaha­nkan pingat emas di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para

(gambar)

KL2017) dan menjadi juara di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

“Tapi daripada segi lompatan, saya tidak puas hati kerana sasaran saya untuk memperbaik­i catatan peribadi terbaik iaitu 7.60m di Rio tidak kesampaian.

Saya juga pernah mengalami kecederaan buku lali pada 2017, tapi Alhamdulil­lah ia sudah pulih,” kata Latif ketika dihubungi, semalam.

Gelaran hatrik

Justeru itu, atlet kelahiran Bukit Keteri itu melaungkan harapan untuk memperbaha­rui catatan itu di dua kejohanan utama pada 2018 iaitu Sukan Malaysia (SUKMA) Perak dan Sukan Para Asia Indonesia.

“Selepas ini saya perlu lebih banyak berlatih kerana saya hendak capai sasaran baiki rekod peribadi. Untuk musim 2018, saya akan sertai SUKMA yang terakhir dan Sukan Para Asia.

“Sudah tentu dalam kedua-dua kejohanan saya mahu pertahanka­n pingat emas dan perbaharui rekod kejohanan,” kata Latif yang dijadual menjalani beberapa siri latihan di Jerman, Februari ini.

Untuk rekod, Latif, 20, memenangi pingat emas Para KL2017 dengan jarak lompatan sejauh 7.41m dengan menewaskan Suhairi Suhaini dari Singapura (6.85m) manakala gangsa milik rakan senegara, Zulkifly Abdullah (6.51m).

Walaupun catatan itu tidak membaharui rekod temasya 7.43m yang dicatatnya di Singapura pada 2015, namun kejayaan itu membolehka­nnya meraih gelaran hatrik selepas turut memenangi emas di Singapura dan Myanmar 2013.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia