Berita Harian

‘KL tak amal tangkap muat’

Utamakan bakat tempatan berbanding kuota import Asia Tenggara

- Oleh Zulfaizan Mansor

Ketua jurulatih Kuala Lum pur, Fabio Joaquim Maciel menegaskan be iau hanya akan membawa masuk pemain baharu bagi me engkapkan kuota import Asia Tenggara sekiranya tahap permainan pemain itu lebih hebat daripada pemain tempatan.

Justeru, terdapat kemungkina­n pengendali berusia 40 tahun itu tidak akan menandatan­gani manamana pemain import dari rantau ini sekiranya masih belum menemui pemain yang benarbenar bagus.

“Jika dia (pemain import Asia Tenggara) bagus, kita akan ambil. Tetapi kalau tahap permainann­ya setaraf dengan pemain tempatan yang saya ada, saya fikir kami tidak perlukanny­a.

“Malaysia mempunyai ramai pemain yang bagus dan memiliki kualiti yang setaraf dengan pemain luar,” katanya ketika ditemui selepas aksi persahabat­an menentang PKNS FC, semalam.

Sebelum ini, pertahanan te ngah dari Singapura, Baihakki Khaizan dilaporkan berada dalam radar skuad The City Boys selepas usaha mereka mendapatka­n pemain Indonesia, Achmad Jufriyanto menemui jalan buntu.

Ikut perancanga­n

Bagaimanap­un, kelibat Baihakki tidak kelihatan pada perlawanan pemanas badan dengan PKNS, semalam dan difahamkan bekas pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II) itu sedang diuji pasukan lain di luar negara.

Pada aksi itu, skuad The City Boys yang kali pertama kembali beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras selepas hampir empat tahun mencatat kemenangan tipis 10 ke atas PKNS hasil jaringan Hisyamudin Shaari pada minit ke34.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Maciel mengakui gembira dengan persembaha­n barisan pemainnya yang beraksi mengikut perancanga­n.

“Kami menguasai permainan pada 45 minit pertama dan berjaya mendapatka­n jaringan kemenangan.

“Tetapi, sebelum perlawanan saya sudah maklumkan kepada pemain yang keputusan tidak penting kerana saya lebih fokus untuk melihat persembaha­n pasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia