Rajagobal terima ujian awal PKNS FC
Kuala Lumpur: Keserasian pemain dalam melaksanakan falsafah pasukan jadi keutamaan buat pengendali PKNS FC, Datuk K Rajagobal dalam usahanya membina pasukan terbaik.
Walaupun tewas 01 dalam aksi persahabatan menentang Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam semalam, Rajagobal belum mahu menekan butang panik kerana masih memiliki masa yang cukup untuk melakukan penambahbaikan.
“Biasalah dalam persahabatan kita nak cuba pemain. Kita nak lihat pemain menunjukkan apa yang mereka belajar.
“Kita mahu lihat boleh atau tidak pemain faham dengan cara permainan kita. Semua pemain perlu diberi peluang untuk tunjukkan sesuatu,” katanya.
Untuk itu, bekas pengendali Harimau Malaya itu tidak akan terburuburu dalam membuat penilaian terhadap pemain.
Malah sebelum saingan Liga Malaysia (LigaM) buka tirai, Rajagobal berhasrat mengatur beberapa siri persahabatan untuk beri peluang secukupnya kepada pemain buktikan kemampuan.
“Ada masa kita ada nampak perkara positif, begitu juga yang negatif. Apa pun, secara keseluruhan dalam persiapan, kita mahu lihat peningkatan daripada pemain
“Kita ada susun jadual persahabatan. Mungkin sebelum liga bermula, kami akan bermain dalam tujuh perlawanan lagi,” katanya.