Berita Harian

Izham gembira Farizal kembali

- Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Bahru: Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi Roslan tampak gembira apabila rakan sepasukan, Farizal Marlias akan kembali menyertai pasukan itu apabila bakal menamatkan penggantun­gan oleh Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC), awal Februari ini.

Bagi Izham, kehadiran se mula Farizal pasti menguat kan semula benteng terakhir skuad Harimau Selatan selepas hanya dia dan Muhammad Haziq Nadzli yang ditugaskan untuk mengemudi gawang gol sepanjang penggantun­gan bekas pemain kebangsaan itu.

Katanya, walaupun digantung selama hampir semusim, Farizal kerap membantuny­a untuk memperkema­skan lagi teknik menjaga gawang selain latihan dibawah kendalian jurulatih Khairul Azman Mohamad ketika sesi latihan.

“Kehadiran semula Farizal (Marlias) amat dinantikan kerana dia seorang penjaga gol berpengala­man malah ia juga akan menguatkan lagi posisi berkenaan selepas agak lama saya dan Muhammad Haziq ditugaskan mengemudi gawang gol.

Medan terbaik uji pemain

“Ia juga mampu mengimbang­i kekuatan JDT apabila kembali diperkuatk­an dengan tiga penjaga gol antara saya, Farizal dan Muhammad Haziq. Ini sekali gus memberi ruang untuk kami meningkatk­an lagi latihan me mandangkan saingan liga agak panjang dan boleh digilirkan,” katanya.

Mengulas persiapan pramusim skuad Harimau Selatan di Bangkok, Thailand yang bermula 10 Januari hingga 17 Januari ini, Izham menyifatka­n ia penting bagi persediaan me mulakan tugasan pertama apabila menentang Muangthong United FC dalam aksi kelayakan pusingan kedua kelayakan Liga Juarajuara Asia (ACL), 23 Januari depan.

Tambahnya, aksi persahabat­an menentang Army United FC pada 10 Januari ini disusuli pertembung­an menentang Chonburi FC (13 Januari) dan aksi terakhir menentang Port FC (15 Januari) menjadi medan terbaik bukan sahaja meningkatk­an kualiti permainan terutama aspek taktikal sebalik menimba pengalaman berguna.

“Kita kena ambil serius perlawanan persahabat­an nanti kerana ia adalah kunci kejayaan JDT memandangk­an saingan Liga Malaysia (Liga M) pasti mencabar ketika pasukan lain turut membuat persiapan rapi.

“Kami ingin mempertaha­n kan kejuaraan Liga Super dan apa yang kami kecapi sebelum ini akan menjadi aspirasi untuk terus cemerlang dan kami juga perlu konsisten sepanjang musim baharu nanti,” kata Izham.

 ??  ?? Farizal Marlias
Farizal Marlias

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia