Berita Harian

Selangor kekal mantap: Razman

-

Kuala Lumpur: Kehilangan beberapa tonggak berpengala­man tidak akan menjejaska­n prestasi Selangor musim depan kerana barisan pemain mudanya diyakini mampu menampung kekosongan itu.

Kapten pasukan, Razman Roslan, berkata pemain seperti Syahmi Safari, K Kannan dan A Namathevan yang mendapat pendedahan bersama The Red Giants pada musim ini dilihat semakin matang untuk memikul peranan utama.

Ia dibantu dengan penampilan dua bintang skuad bawah 23 tahun Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn serta pemain muda Negeri Sembilan, Sean Eguine Selvaraj.

Selain itu kehadiran Azamuddin Akil dan Joseph Kalang Tie dilihat mampu menyeimban­gkan pasukan ekoran ketiadaan Bunyamin Omar, S Veenod, Raimi Mohd Nor, Rizal Fahmi Rosid dan Fitri Syazwan Raduan yang membawa haluan bersama pasukan lain.

“Hampir 70 peratus barisan musim depan terdiri daripada pemain muda yang kebanyakan diserap daripada skuad Piala Presiden, tapi ia tidak membimbang­kan saya.

“Walaupun beberapa tonggak berpengala­man sudah meninggalk­an kami, pemain seperti Amri (Yahyah), Norazlan (Razali), Ridzuwan Selamat dan saya sendiri masih kekal sebagai tulang belakang pasukan untuk membimbing pemain muda,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia