Berita Harian

Liga Thailand tak tawar gaji lumayan

Pemain Malaysia enggan ke Negara Gajah Putih bukan sebab tiada kualiti

- Oleh Zulfaizan Mansor

Tawaran kurang lumayan berbanding pendapatan yang diperoleh dalam Liga Malaysia (Liga M) menjadi antara faktor pemain tempatan terpaksa menolak tawaran untuk beraksi di liga Thailand.

Perkara itu dimaklumka­n Pengarah Bakat Sukan MVP Sports Agency, Hafizan Halim sambil menjelaska­n gaji yang ditawarkan oleh kelab Thailand kepada beberapa pemain Malay sia antara AS$3,000 (RM12,000) hingga AS$5,000 (RM20,000) sebulan.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukka­n perbezaan besar antara 40 hingga 50 peratus daripada gaji yang diperoleh pemain tempatan daripada kelab di Liga M.

“Memang ada beberapa kelab dari Thailand berminat dengan pemain Malaysia, terutama yang bermain pada Sukan SEA lalu, cuma daripada segi tawarannya tak berapa sesuai dengan apa yang diminta.

“Ini bukan soal memilih atau tidak, tetapi masalahnya tawaran gaji yang pemain itu dapat daripada pasukan dalam liga kita lebih tinggi.

“Jadi, saya menafikan dakwaan yang pemain kita tiada kualiti atau sengaja tak nak keluar beraksi di liga luar, mereka tak nak keluar sebab faktor macam ini.

Buru haji besar

“Mungkin ramai orang tak faham. Contoh terbaik adalah jika kita ditawarkan bekerja di luar negara tapi pada masa sama kita mendapat pendapatan lebih baik di Malaysia, sudah pasti kita akan pilih untuk bekerja di negara sendiri,” katanya, semalam.

Sebelum ini, enam pemain muda negara Adam Nor Azlin, Adib Zainudin, Syamer Kutty Abba, Nor Azam Azih, Jafri Firdaus Chew dan N Thanabalan dilaporkan menjadi buruan beberapa kelab liga Thailand selepas mempamerka­n aksi cemerlang pada temasya Sukan SEA, Ogos lalu.

Namun, difahamkan hanya Adam, Syamer dan Jafri mendapat tawaran daripada kelab negara jiran itu tetapi sehingga kini tiada khabar berita mengenainy­a.

Malah, Adam dan Syamer sudah sah menyertai pasukan baharu mereka yang juga juara Liga Super empat kali berturuttu­rut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selain itu, Hafizan turut mengakui Liga M menjadi antara liga di rantau Asia Tenggara yang menawarkan gaji tertinggi buat pemain.

“Walaupun Liga M menawarkan gaji tinggi, saya tidak menolak kemungkina­n pemain tempatan akan berhijrah sekiranya mendapat tawaran lebih baik di liga luar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia