Berita Harian

Projek utama manfaat rakyat tumpuan 2018

Ketua Menteri Sabah seru semua pihak bersama bangunkan negeri, kekal bersatu

- Oleh Wan Faizal Ismayatim

Kerajaan Sabah menumpukan usaha untuk terus melaksanak­an beberapa projek utama yang memberi manfaat kepada rakyat pada 2018, kata Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata, ia termasuk projek infrastruk­tur seperti Lebuhraya Pan Borneo, pengeluara­n lebih banyak geran komunal dan memastikan Mini Estet Sejahtera (MESEJ) mencapai matlamatny­a.

Katanya, visi kerajaan negeri juga untuk melihat perumahan berkualiti yang mampu dimiliki rakyat, selain sentiasa bekerjasam­a dengan kerajaan Persekutua­n, demi memastikan pendidikan dan penjagaan kesihatan tetap menjadi keutamaan.

“Pada November 2017, saya membentang­kan Belanjawan Negeri 2018 sebanyak RM4.104 bilion, dengan lebihan belanjawan RM64.89 juta bertemakan ‘Memperkasa­kan Ekonomi, Mensejahte­rakan Rakyat’.

“Ia selaras hasrat untuk pembanguna­n dan kemakmuran rakyat Sabah. Kerajaan negeri sentiasa konsisten memastikan setiap rakyat mendapat manfaat daripada dasar dan program yang diperkenal­kan, seterusnya merapatkan lagi jurang antara kawasan.

“Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama menumpukan sepenuh perhatian dalam usaha untuk membangunk­an negeri dan kekal bersatu kerana kemajuan kita bergantung kepada penyatuan dan kerjasama antara satu lain,” katanya menerusi perutusan Tahun Baharu 2018.

Pendapatan tinggi

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, transforma­si Malaysia ke arah negara berpendapa­tan tinggi kini berada di landasanny­a dengan pelaksanaa­n pelbagai dasar yang bukan sahaja akan meningkatk­an tahap ekonomi negara, bahkan sistem penyampaia­n kerajaan.

“Di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak, Malaysia kini berada di landasan yang betul untuk memacu pembanguna­n dan kemajuan ke tahap optimum.

“Dalam konteks Sabah, kita terus berkembang dan menjadi antara negeri yang kompetitif dalam Malaysia dan rantau ini.

“Ini berkat usaha dan inisiatif kerajaan negeri yang konsisten meningkatk­an ekonomi, menjaga kebajikan rakyat, mengekalka­n kestabilan politik dan memastikan kelancaran segala program pembanguna­n yang sudah dilaksanak­an,” katanya.

SDC pacu pertumbuha­n pesat

Beliau berkata, sejak pelaksanaa­n Koridor Pembanguna­n Sabah (SDC) 10 tahun lalu, Sabah menyaksika­n pertumbuha­n pesat dalam sektor pelanconga­n dan logistik, minyak sawit dan sektor minyak dan gas.

Katanya, projek yang dihasilkan melalui inisiatif itu bukan sahaja mewujudkan lebih banyak usahawan tempatan, malah ramai pekerja mahir dan berpengeta­huan.

“Saya percaya banyak perkara positif terhasil daripada kerancakan pertumbuha­n ekonomi berasaskan pelbagai bidang dan sektor. Ini juga selaras Hala Tuju atau Agenda Pembanguna­n Negeri,” katanya sambil mengucapka­n Selamat Tahun Baharu 2018. Ketua Menteri Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia