Berita Harian

Sarawak minta Pusat bantu bina benteng ombak

Usaha lindungi komuniti nelayan sekitar Jalan Kuala Baram

- Oleh Kandau Sidi

Sarawak memerlukan bantuan Kerajaan Persekutua­n bagi membina benteng menahan ombak yang lebih tinggi sepanjang laluan Jalan Lama Kuala Baram, untuk melindungi komuniti nelayan di kawasan berkenaan yang terjejas akibat ombak besar, minggu lalu.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin, berkata benteng menahan ombak sedia ada tidak berupaya menghalang ombak kuat sekiranya berlaku air pasang besar ketika musim tengkujuh.

Katanya, kos pembinaan benteng menahan ombak berkenaan agak besar, justeru, ia memerlukan bantuan peruntukan Kerajaan Persekutua­n dan sokongan kementeria­n berkaitan.

Bina benteng lebih tinggi

“Bentang batu sedia ada perlu diperkukuh dan dibina lebih tinggi supaya ombak tidak dapat melepasiny­a dan merosakkan kelengkapa­n nelayan di kawasan terbabit.

“Ketika ombak besar luar biasa minggu lalu, banyak kelengkapa­n digunakan nelayan tempatan dihanyutka­n ke laut. Bot terpaksa dipindahka­n ke seberang jalan bagi mengelak dirosakkan ombak,” katanya selepas meninjau Kampung Nelayan Batu Satu yang terjejas teruk minggu lalu di sini, semalam.

Kim Shin berkata, kerja membersihk­an kayu yang dihanyutka­n ombak di kawasan persekitar­an Jalan Kuala Baram sudah siap dilaksanak­an.

Demi memastikan pendapatan dan kehidupan nelayan di perkampung­an berkenaan tidak terjejas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, akan dimaklumka­n bagi satu kajian dilaksanak­an bagi pembinaan.

 ?? [ FOTO KANDAU SIDI / BH ] ?? Pembinaan benteng menahan ombak di Jalan Lama Kuala Baram, Miri perlu diperkukuh dan dibina lebih tinggi untuk lindungi kelengkapa­n nelayan.
[ FOTO KANDAU SIDI / BH ] Pembinaan benteng menahan ombak di Jalan Lama Kuala Baram, Miri perlu diperkukuh dan dibina lebih tinggi untuk lindungi kelengkapa­n nelayan.
 ??  ?? Lee Kim Shin
Lee Kim Shin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia