Berita Harian

Lencongan baru dibuka akibat jalan mendap

-

Tawau: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuka lencongan baru susulan rekahan dan mendapan di Kilometer 251.6 Jalan Sandakanta­wau, di sini, minggu lalu.

Jurutera JKR Bahagian Kawasan Selatan Tawau, Andy Faizal Sahapadin, berkata lencongan baru itu dijangka siap beberapa hari lagi bagi melancarka­n aliran trafik, terutama pengguna di Kampung Batu 15 dan Kampung Wakuba.

Katanya, ketika ini lencongan sedia ada sejauh 1.9 kilometer akan diubah ke laluan asal bagi keselesaan pengguna yang mahu membuat pusingan U atau berpatah balik, terutama kepada penduduk di kawasan berhampira­n.

“Ketika ini kerja menyiapkan lencongan baru hampir siap dan kita jangka ia boleh digunakan sepenuhnya beberapa hari lagi,” katanya.

Tunggu arahan lanjut

Mengulas lanjut, Andy Faizal berkata, lawatan dan pemantauan, selain mesyuarat pada peringkat jabatan itu diadakan bagi merancang dan melaksanak­an tindakan selanjutny­a.

“Buat masa ini pada peringkat JKR Tawau, kami hanya menunggu arahan lanjut daripada pihak pengurusan tertinggi peringkat Kementeria­n Kerja Raya, termasuk pelaksanaa­n atau kerja berkaitan pembaikan jalan runtuh itu,” katanya.

Pemantauan 24 jam

Sementara itu, Pegawai Penyelengg­araan Jalan, Syarikat Konsesi Gammerlite Sdn Bhd, Amiruddin Malilau, berkata pihaknya ketika ini membuat pemantauan 24 jam di laluan terbabit bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Sejak hari pertama, kami memasang kanvas untuk menutup seluruh jalan yang runtuh, memandangk­an ketika ini kerap hujan.

“Berdasarka­n pemantauan juga, kami dapati masih berlaku mendapan dan pergerakan tanah,” katanya.

Pada 22 Disember lalu, berlaku rekahan kira-kira 70 meter di laluan terbabit dipercayai berpunca daripada tanah mendap, selain pergerakan tanah susulan hujan lebat selama beberapa hari.

 ?? [ FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING / BH ] ?? Mendapan di Kilometer 251.6 Jalan Sandakan-tawau ditutup dengan kanvas untuk mengelak kejadian tidak diingini.
[ FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING / BH ] Mendapan di Kilometer 251.6 Jalan Sandakan-tawau ditutup dengan kanvas untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia