Berita Harian

Kawasan baru jangkitan wabak rabies dikesan

27 kawasan di tiga bahagian disarawak diisytihar­kan wabak

- Oleh Rudi Affendi Khalik

Sekolah Menengah Kerajaan Julau No. 1, Sarikei dikenal pasti sebagai kawasan baru jangkitan wabak rabies atau anjing gila di Sarawak.

Ia diumumkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri.

“Memandangk­an penempatan itu berada 10 kilometer di kawasan diisytihar­kan wabak itu, ia dikategori­kan sebagai kawasan baru,” katanya dalam satu kenyataan.

Uggah turut mengumumka­n daripada lima keputusan sampel anjing yang diterima daripada Institut Penyelidik­an Rabies di Ipoh, semua kes ini positif virus rabies.

Empat daripada lima kes positif ini adalah dari kawasan Lorong Ketitir 1, Jalan Batu Kawa; Taman Sri Makmur, Batu 6, Jalan Matang; Kampung Atas Singai, Bau, dan Flat Taman Malihah, Jalan Matang, semuanya di Kuching.

Uji 309 sampel

Katanya, sebanyak 309 sampel ialah daripada 282 anjing, 25 kucing dan dua kelawar dihantar untuk ujian makmal di Ipoh.

“Sehingga kini, 300 keputusan sampel yang terdiri daripada 273 anjing, 25 kucing dan dua kelawar diterima dan daripada keputusan itu, 22.7 peratus terdiri daripada 62 sampel anjing dan enam kucing disahkan positif rabies melalui (DFA),

(PCR) dan

(RTCIT),” katanya. Sehingga kini, jumlah keseluruha­n kawasan yang diisytihar­kan wabak rabies ialah 27 kawasan di tiga bahagian iaitu Serian (20); Sri Aman (1); Kuching (4); Samarahan (1) dan Sarikei (1).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia