Berita Harian

Buruh amuk majikan tak dapat bayar gaji

Suspek pukul rakan sekerja, bakar kereta serta belasah anak majikan

- Oleh Harun Yahya

Seorang lelaki bukan sahaja mengamuk dengan memukul pasangan suami isteri, malah bertindak membelasah anak majikannya, selain membakar sebuah kereta Perodua Kancil selepas enggan menerima alasan gajinya lambat dibayar.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zailani Amit, berkata kejadian berlaku di sebuah tapak pembinaan di Jalan Aman, di sini, pada jam 3.50 petang, kelmarin, ketika sekumpulan buruh binaan pergi ke lokasi itu untuk menunggu menerima gaji.

“Ketika sedang menunggu, suspek yang berusia 30-an itu tiba-tiba mengamuk selepas dimaklumka­n anak majikannya gaji mereka belum dapat dibayar.

“Bagi menenangka­n situasi, seorang rakan sekerja suspek berusia 35 tahun dan isterinya cuba mententera­mkan suspek, bagaimanap­un kedua-dua mereka dipukul dengan batang penyapu, selain diserang menggunaka­n bata,” katanya di sini, semalam

Suspek diburu

Zailani ketika mengulas lanjut berkata, tidak cukup menyerang kedua-dua mangsa, suspek kemudian bertindak nekad membakar pula kereta Perodua Kancil milik pasangan berkenaan.

“Terkejut dengan tindakan suspek, kedua-dua mangsa melarikan diri dari lokasi kejadian kerana bimbang nyawa mereka turut diancam,” katanya.

Selepas pasangan suami isteri itu beredar, suspek melepaskan amarahnya dengan memukul anak majikannya yang juga pengurus tapak pembinaan itu.

“Polis kini sedang memburu suspek berkenaan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api,” katanya.

Bantuan bomba

Sementara itu, Pemangku Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Wan Kamarudin Wan Ahmad, ketika dihubungi, berkata pihaknya menghantar tujuh anggota dengan sebuah jentera untuk memadamkan kebakaran kereta berkenaan.

“Kami memadamkan api dengan diawasi oleh pihak polis,” katanya.

 ?? [ FOTO HARUN YAHYA / BH ] ?? Keadaan kereta dibakar suspek di tapak pembinaan di Jalan Aman, Sibu, kelmarin.
[ FOTO HARUN YAHYA / BH ] Keadaan kereta dibakar suspek di tapak pembinaan di Jalan Aman, Sibu, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia