Berita Harian

Pemuda hilang MPV dihanyutka­n arus

-

Kota Marudu: Enam terselamat manakala seorang dilaporkan hilang, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihanyutka­n arus deras di Kampung Bintosan Darat, dekat sini.

Dalam kejadian pada jam 2.30 pagi semalam itu, Muhammad Asyraf Nurajim, 20-an, dilaporkan hilang susulan maklumat daripada enam yang terselamat.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika MPV terbabit melalui kawasan dinaiki air, sebelum arus sungai yang deras menghanyut­kan kenderaan itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.56 pagi.

7 naiki kenderaan

Katanya, bomba kemudian menghantar lima anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan utiliti ke lokasi yang terletak 16 kilometer (km) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu.

“Bomba melaksanak­an operasi mencari dan menyelamat dan pada jam 4.35 pagi kenderaan itu ditemui pada jarak 30 meter dari tempat dilaporkan mula hanyut.

“Ketika kejadian kenderaan itu dinaiki tujuh mangsa, namun enam daripada mereka berjaya menyelamat­kan diri dengan keluar melalui cermin yang dipecahkan.

“Bagaimanap­un, seorang lagi mangsa lelaki berusia 20-an masih hilang dan operasi mencari diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

 ?? [ FOTO IHSAN BOMBA ] ?? Kenderaan yang dihanyutka­n arus deras di Kampung Bintosan Darat, Kota Marudu.
[ FOTO IHSAN BOMBA ] Kenderaan yang dihanyutka­n arus deras di Kampung Bintosan Darat, Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia