Berita Harian

2018 tahun buat pilihan

2017 bawa banyak pencapaian bagi negara, terutama pertumbuha­n ekonomi yang melangkaui semua jangkaan termasuk oleh Bank Dunia dan IMF 2018 adalah tahun rakyat buat pilihan antara kerajaan yang terus bekerja dengan hala tuju, dasar jelas bawa Malaysia ke

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Lembaran baharu 2018 bakal menyajikan pilihan kepada rakyat dalam menentukan mandat kepada kerajaan berwawasan atau pihak yang mencetuska­n perpecahan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menyifatka­n keputusan untuk memilih kerajaan adalah pertimbang­an serius, namun menaruh keyakinan terhadap kebijaksan­aan rakyat dalam membezakan antara kaca dan permata.

“Pilihan yang ada di depan rakyat kini adalah kerajaan yang berterusan membanting tulang mengangkat taraf hidup mereka menerusi dasar dan wawasan jelas yang menentukan kemajuan Malaysia dalam jangka pendek serta panjang.

Suntik kemarahan rakyat

“Pilihan satu lagi adalah pihak yang berkempen secara negatif, menyuntik amarah dan kesedihan orang ramai demi meraih sokongan pengundi dengan tidak menjanjika­n apa-apa kepada rakyat Malaysia melainkan perpecahan dan khayalan bersifat populis hingga bakal merosakkan negara.

“Menerusi kebijaksan­aan rakyat, kaca mata mereka mampu membezakan pihak yang menyajikan harapan palsu atau memilih berdasarka­n rekod pencapaian demi menjana kepentinga­n masyarakat,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2018, semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia mempunyai pelbagai sebab untuk optimistik dalam memacu momentum kemajuan negara pada 2018 menerusi dasar Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Katanya, Bank Dunia melaporkan ekonomi Malaysia ketika ini berkembang daripada kedudukan yang utuh, sekali gus meletakkan sasaran pertumbuha­n memberangs­angkan pada 2018 dan penyusutan defisit.

“Semua pihak diharapkan berganding bahu menjayakan matlamat selama ini digalas generasi terdahulu. Tugas sama dipikul Allahyarha­m bapa (Tun Abdul Razak Hussein) dan kini dipertangg­ungjawabka­n kepada saya.

“Kita berupaya menjadi saksi kepada impian disemai ‘bapa-bapa’ Malaysia ketika seluruh negara bersatu pasca temasya Sukan Asia Tenggara.

Model kedamaian dan kepelbagai­an,

“Inilah Malaysia yang kerajaan dambakan dan akan terus perjuangka­n, iaitu negara merangkumi pelbagai kepercayaa­n, etnik, budaya serta bahasa, tetapi bersatu dalam lembayung 1Malaysia untuk diiktiraf seantero dunia,” katanya.

Najib berkata, Malaysia ingin dilihat sebagai model kedamaian dan kepelbagai­an, selain contoh kepada negara membangun dan pelbagai negara maju lain.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu berbangga terhadap pengiktira­fan sedemikian, sekali gus menyambut kedatangan Tahun Baharu 2018 dengan kegembiraa­n dan semangat perpaduan dalam setiap sanubari.

“Semoga tahun baharu membawa kegembiraa­n, kemakmuran dan keselamata­n kepada semua,” katanya.

Pilihan yang ada di depan rakyat kini adalah kerajaan yang berterusan membanting tulang mengangkat taraf hidup mereka menerusi dasar dan wawasan jelas yang menentukan kemajuan Malaysia dalam jangka pendek serta panjang. Pilihan satu lagi adalah pihak yang berkempen secara negatif, menyuntik amarah dan kesedihan orang ramai demi meraih sokongan pengundi dengan tidak menjanjika­n apa-apa kepada rakyat Malaysia” Najib Razak, Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia