Berita Harian

Selamat tinggal Ampang Park

Kompleks beli-belah tertua negara tinggal kenangan

-

Setelah 44 tahun beroperasi, kompleks beli-belah Ampang Park menutup tirainya mulai hari ini dan detik akhir itu meninggalk­an perasaan bercampurb­aur bagi peniaga serta pengunjung setianya untuk mengucapka­n selamat tinggal kepada kompleks nostalgia itu.

Tinjauan mendapati sehingga hari terakhirny­a, Ampang Park masih menjadi tumpuan warga kota walaupun semalam kunjungan mereka bukan sekadar untuk membeli-belah tetapi rata-ratanya datang bagi mengimbau kembali kegemilang­an kompleks beli-belah tertua negara itu.

Peniaga, Pritam Ranai, 65, berkata Ampang Park adalah ‘taman permainan’ buat tiga anaknya kerana anaknya membesar di situ.

Pritam membuka kedai pakaian lelaki sekitar 40 tahun lalu menamakan kedainya Jason’s sempena nama seorang daripada anak lelakinya dan ternyata penutupan Ampang Park memberi kesan nostalgik kepada dirinya.

“Saya tidak boleh tidur lena sejak minggu lalu kerana masalah ini dan saya juga cuba untuk menjual apa saja barangan sebelum kami menutup.

“Pelanggan saya mengatakan bahawa mereka ingin membeli sesuatu dari kedai saya sebagai kenangan Ampang Park,” katanya dan menambah kedai beliau akan berpindah ke KL Trillion tahun depan.

Richard Lee, 48, pemilik salun rambut Minas pula berkata, walaupun beliau akur dengan keputusan pihak kerajaan untuk menutup kompleks beli-belah itu, dia masih menzahirka­n rasa terkilan kerana perniagaan itu adalah sumber pendapatan­nya sejak tahun 1992.

“Walaupun saya akan berpindah ke lokasi perniagaan baharu di The Ampwalk, pastinya ia tidak sama kerana saya perlu bermula dari bawah seperti waktu mula-mula berniaga dahulu,” katanya.

Ahli Parlimen Kinabatang­an, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang turut kelihatan berlegar di kompleks beli-belah itu, berkata Ampang Park begitu signifikan kerana ia banyak membantu golongan Bumiputera terutama Melayu dalam perniagaan mereka.

Hari terakhir

“Hari ini (semalam) adalah hari terakhir kompleks ini beroperasi, memang saya agak sedih kerana saya selalu ke sini untuk mencari barang keperluan.

“Bagaimanap­un, pembanguna­n harus diteruskan seiring arus pemodenan negara,” katanya.

Ampang Park dibina pada 1972 dan dibuka kepada orang awam pada 15 Mac 1973, menjadikan­nya kompleks beli-belah pertama di negara ini dengan keseluruha­n 250 lot premis yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan selain perkhidmat­an untuk warga kota.

Kompleks berkenaan akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) Ampang Park.

Penjawat awam Norazean Farina Dawam, 37, yang ditemui ketika leka ‘mencuci mata’ di kompleks belibelah itu berkata beliau jarang ke Ampang Park sejak berpindah ke Cyberjaya, namun tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama orang ramai pada hari terakhir kompleks berkenaan.

“Saya lihat banyak kedai di tingkat bawah membuat jualan lelong dan saya sempat membeli beberapa barangan seperti kasut dan baju,” katanya yang ditemani suami Johan Kurniawan Suar Nor, 37.

 ??  ?? Ampang Park, kompleks beli-belah pertama di negara ini yang mula dibuka kepada orang ramai pada 15 Mac 1973 menutup operasi bermula hari ini untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan stesen MRT
Ampang Park, kompleks beli-belah pertama di negara ini yang mula dibuka kepada orang ramai pada 15 Mac 1973 menutup operasi bermula hari ini untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan stesen MRT
 ?? [ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH ] ?? Kompleks Ampang Park ditutup bagi beri laluan kepada pembanguna­n.
[ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH ] Kompleks Ampang Park ditutup bagi beri laluan kepada pembanguna­n.
 ??  ?? Orang ramai mengambil kesempatan mengunjung­i Ampang Park pada hari terakhir operasi, semalam.
Orang ramai mengambil kesempatan mengunjung­i Ampang Park pada hari terakhir operasi, semalam.
 ??  ?? Kompleks Ampang Park dibuka pada 15 Mac 1973.
Kompleks Ampang Park dibuka pada 15 Mac 1973.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia