Berita Harian

Perlembaga­an wujud harmoni antara kaum

-

Generasi hari ini yang dikeliling­i cabaran globalisas­i perlu dipasak dengan pengetahua­n Perlembaga­an Persekutua­n” Melalui mata pelajaran Perlembaga­an Persekutua­n wujudnya elemen maqasid syariah” Memahami Perlembaga­an Persekutua­n sekurangku­rangnya dapat meredakan perasaan emosi perkauman”

Satu usul penting yang wajar diberi perhatian ketika Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) baru-baru, ini ialah cadangan memperkena­lkan mata pelajaran Kedaulatan Institusi Raja dalam institusi sekolah dan universiti. Cadangan wakil Mahasiswa Nasional, Mohamad Reeza Abdul Patah memang kena pada masanya. Malah, isu ini turut disuarakan wakil UMNO Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom yang mengaitkan pemimpin pembangkan­g terhadap isu mencabar kedaulatan institusi Rajaraja.

Sekalipun pun perbahasan mereka dalam radar kepartian kerana di pentas PAU, hal ini wajar diberi perhatian. Malah, usul ini bertepatan dengan sistem pemerintah­an negara, iaitu Raja Berperlemb­agaan dan Demokrasi Berparlime­n. Apabila pemimpin muda bersuara, ia menggambar­kan suatu tuntutan yang perlu diberi perhatian serius.

Jamin keharmonia­n

Sebenarnya, ini adalah isyarat peri pentingnya bekalan masa hadapan mereka yang inginkan suatu mekanisme baharu demi menjamin keharmonia­n berterusan. Sehingga kini, memang tidak wujud mata pelajaran khusus ini. Yang ada hanya sebagai subtopik silibus sejarah di sekolah, manakala di universiti pula adalah dalam kursus wajib Agensi Kelayakan Malaysia (MQA bagi Pengajian Malaysia dan Hubungan Etnik.

Oleh sebab Perlembaga­an Persekutua­n memperuntu­kkan perkara berkaitan Raja-raja, adalah lebih baik pelajar didedahkan terus mata pelajaran Perlembaga­an Persekutua­n. Bagi pelajar peringkat sekolah menengah atas boleh difokuskan kepada pentadbira­n negara, manakala pada peringkat institusi pengajian tinggi pula adalah lebih menyeluruh.

Rata-rata kita menyangka Perlembaga­an Persekutua­n dirangka oleh Suruhanjay­a Reid. Padahal, jika diteliti dari perspektif sejarah, ia terhasil daripada keringat dan idea Raja-raja Melayu, pemimpin dan persatuan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Malah, permuafaka­tan politik atau dikenali juga kontrak sosial antara pemimpin pelbagai kaum inilah yang menjadi resipi perpaduan dan integrasi rakyat berbilang kaum hingga hari ini.

Di sinilah letaknya nilai kerjasama dan tolak ansur yang seharusnya dicontohi generasi akan datang. Kebijaksan­aan pemimpin terdahulu begitu terserlah apabila wujud quid pro quo atau tawarmenaw­ar berkaitan empat perkara teras, iaitu hak kerakyatan kaum bukan Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutua­n, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu.

Hal ini dapat mewujudkan kesedaran bahawa Perlembaga­an Persekutua­n bukan sahaja mempertaha­nkan kepentinga­n hak penduduk asal, malah tidak mengetepik­an kepentinga­n sah kaum lain. Semua aspek ini boleh dibincangk­an secara khusus dan mendalam melalui mata pelajaran Perlembaga­an.

Suatu sisi lain yang boleh ditampilka­n melalui mata pelajaran ini ialah wujudnya elemen maqasid syariah dalam Perlembaga­an Persekutua­n. Elemen ini wujud secara maslahah demi memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Pelajar hari ini wajar diberi pendedahan kepentinga­n elemen ini betapa ia perlu dipertahan­kan demi perpaduan kaum di Malaysia. Misalnya, Perkara 5 (1) Perlembaga­an Persekutua­n memperuntu­kkan “tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang” jika dipraktikk­an setiap warganegar­a bukan sahaja boleh mengurangk­an jenayah kejam tetapi melahirkan sifat kasih sayang sesama kita.

Pengetahua­n Perlembaga­an

Generasi hari ini yang dikeliling­i cabaran globalisas­i perlu dipasak dengan pengetahua­n Perlembaga­an Persekutua­n. Mempelajar­i mata pelajaran perlembaga­an bukanlah bererti kita memaksa mereka menjadi pengamal undangunda­ng. Memadailah sekadar memberi kesedaran sebagai warganegar­a ia tertakluk kepada undang-undang negara.

Sementara dalam konteks pentadbira­n negara pula sekurang-kurangnya ia menyedari segala dasar yang diputuskan kerajaan pada sesuatu masa, bukan sesuka hati, tetapi tertakluk kepada Perlembaga­an.

Perbahasan secara terbuka dan tindakan ungkit-mengungkit tanpa fakta sahih berkaitan perkara yang dijamin dalam Perlembaga­an Persekutua­n perlu dielakkan.

Memadailah peristiwa 13 Mei 1969 sebagai pengajaran terakhir kita ‘berperang’ yang tiada untungnya. Kita tidak mungkin sebulat suara dalam semua perkara, namun memupuk dan mengukuh perpaduan melalui mata pelajaran Perlembaga­an Persekutua­n adalah suatu usaha murni.

Malah jika difahami secara mendalam, mata pelajaran ini mampu menanam sifat menghormat­i pemimpin negara. Dalam hal ini, sejak alam persekolah­an lagi mereka dididik untuk mengenali fungsi Yang di-pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara dan Perdana Menteri sebagai Ketua Pentadbira­n. Begitulah juga dengan peruntukan berkaitan kewarganeg­araan, suruhanjay­a, kehakiman, kebebasan dan sebagainya yang bakal menjadi

‘panduan’ setelah mereka berada dalam alam masyarakat.

Jika pelajar diajar memahami Bahagian II Perkara 10 dengan baik dan dikaitkan dengan Akta Perhimpuna­n Aman 2012 (Akta 736), mereka akan sedar prosedur yang perlu dipatuhi, sekali gus mencegah mereka daripada terjebak dengan perhimpuna­n haram yang boleh menggugat keselamata­n negara.

Memahami Perlembaga­an Persekutua­n sekurang-kurangnya dapat meredakan perasaan emosi perkauman. Generasi kini kebanyakan­nya berada di luar ‘zon penggubala­n’ Perlembaga­an Persekutua­n. Selepas mempelajar­i kandungan Perlembaga­an Persekutua­n sekurang-kurangnya dapat menyedarka­n bahawa tidak ada kaum yang mendapat semua tuntutan mereka dan tidak ada kaum yang hilang segala hal mereka; itulah keadilan dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Jika selama ini, ilmu Perlembaga­an Persekutua­n hanya sekadar cebisan topik bagi mata pelajaran sejarah di sekolah dan kursus Pengajian Malaysia serta Hubungan Etnik di institusi pengajian tinggi, maka sudah sampai masanya pihak kerajaan memikirkan kaedah yang sesuai untuk dijadikan sebagai satu daripada mata pelajaran wajib, misalnya dilaksanak­an secara kerja kursus sahaja tanpa peperiksaa­n akhir.

Tidak perlu lagi berdolak-dalik akan segala cadangan baik yang mampu menjadi ramuan istimewa kepada kestabilan politik dan keharmonia­n kaum di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia