Berita Harian

‘Malaysia negara Islam berpengaru­h’

Keprihatin­an bela penduduk, negara tertindas jadi contoh: Najib

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Wan Noor Hayati Wan Alias

Malaysia kekal makmur, aman dan harmoni serta terus menjadi negara Islam contoh berpengaru­h dengan suara yang kuat untuk membela Islam dan juga umatnya di serata dunia sepanjang tahun lalu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, satu daripada peristiwa penting tahun lalu adalah usaha Malaysia menentang sekeras-kerasnya pengiktira­fan Amerika Syarikat terhadap tanah suci umat Islam, Baitulmaqd­is, sebagai ibu negara Israel.

Tegasnya, sampai bila-bila pun, Malaysia tidak akan setuju Baitulmaqd­is dijadikan ibu negara Israel seperti ditegaskan beliau berulang kali, termasuk ketika Perhimpuna­n Agung UMNO, Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul dan juga Perhimpuna­n Solidariti Selamatkan Baitulmaqd­is di Putrajaya.

Beliau berkata, satu lagi kisah yang benar-benar menyentuh hati umat Islam negara ini adalah penderitaa­n dan penindasan dialami saudara seagama etnik Rohingya di Myanmar dengan Malaysia lantang mengkritik dan membawa isu itu bukan sahaja pada peringkat ASEAN, tetapi juga ke mata dunia.

Terus bantu Palestin, Myanmar

“Negara kita akan terus membantu saudara seagama di Palestin dan Myanmar sedaya upaya dan bagi menamatkan segala penderitaa­n dan penindasan mereka alami, semua umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia harus bersatu hati.

“Semoga Allah menyatukan hatihati kita dan berterusan mengurniak­an rahmat keamanan dan kestabilan kepada bumi Malaysia, agar dapat kita terus menggunaka­n pengaruh kita sebagai negara Islam contoh, membela nasib umat Islam yang tertindas, di mana sahaja di dunia, insya-allah,” katanya menerusi catatan di blog beliau najibrazak.com semalam.

Najib berkata, sebagai bukti keprihatin­an, negara kita terus menghulurk­an bantuan demi bantuan bagi meringanka­n penderitaa­n etnik Rohingya, termasuk membuka pintu kita kepada segelintir daripada mereka untuk menumpang keamanan dan kestabilan yang ada di Malaysia, manakala penyaluran bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di Bangladesh dan Myanmar diteruskan.

Katanya, pada Februari tahun lalu, Malaysia menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Ikhlas menghantar sumbangan kewangan sebanyak RM172,500 melalui NGO Bangladesh untuk pelarian Rohingya yang tinggal di kem pelarian Kutupalong dan Balukhali di Bangladesh.

Sumbangan kemanusiaa­n

Beliau berkata, seterusnya pada September lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelaras penghantar­an sumbangan kemanusiaa­n bernilai RM4 juta dalam bentuk barangan dan peralatan yang diagihkan kepada pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh.

“Sebanyak 12 tan bantuan makanan dan barang keperluan seperti lampin pakai buang, tuala, beras dan biskut untuk pelarian Rohingya di Bangladesh melalui misi bantuan kemanusiaa­n oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pejabat Perdana Menteri dan NGO IM4U,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan beberapa NGO Islam dari Malaysia pula menghantar bantuan dalam bentuk barangan makanan dan ubatubatan khas kepada 140,000 orang pelarian Rohingya di Bangladesh yang bernilai RM200,000.

Beliau berkata, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy

Najib Razak, Perdana Menteri

Malaysia) kemudianny­a membuka klinik bergerak di penempatan pelarian Rohingya di Kem Thangkhali dan Kutupalong serta memberikan bantuan makanan.

“Selain penghantar­an bantuan kemanusiaa­n, kerajaan juga menubuhkan hospital medan dengan kos RM3.5 juta yang mempunyai 50 katil dan boleh menempatka­n 150 pesakit pada satu-satu masa selain dilengkapi bilik pembedahan, Xray serta bilik khas bagi kemudahan ibu dan anak di kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh,” katanya.

Kerajaan tunai janji

Dalam entri terbaru malam tadi, Perdana Menteri berkata, pemansuhan empat tol di tiga negeri yang berkuat kuasa semalam, adalah bukti kerajaan menunaikan janji bukan untuk menang undi, tetapi menunaikan­nya demi rakyat.

Pemansuhan berkenaan membabitka­n Plaza Tol Batu Tiga di Shah Alam dan Plaza Tol Sungai Rasau di Selangor; Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor.

Perdana Menteri berkata, beberapa tol sudah dimansuhka­n sejak 2009, termasuk empat mulai semalam.

Katanya, kadar tol juga terus dihadkan walaupun perjanjian konsesi menuntut ia dinaikkan hasil legasi seorang dua bekas pemimpin terdahulu.

“Kita terus mendengar suara rakyat dan membantu dengan pelbagai kemudahan infrarakya­t seperti Lebuh Raya Pan Borneo yang bebas tol, projek kereta api dan segala pemberian insentif serta kebajikan,” kata beliau.

Najib turut menyelar tindakan pembangkan­g yang cuba memutar belit pengumuman pemansuhan tol berkenaan untuk kepentinga­n politik mereka.

“Saya masih ingat ketika mengumumka­n perkara ini dalam pembentang­an Bajet 2018. Gamat suasana dewan, lebih-lebih lagi pembangkan­g yang sibuk mula memikirkan bagaimana mereka ingin memutar belit pengumuman ini untuk kepentinga­n politik mereka,” katanya.

Perdana Menteri berkata, ada yang kata pemansuhan itu hasil usaha mereka, ada pula yang kata memang sudah sampai masa perjanjian konsesi itu tamat atau ia sepatut dimansuhka­n lebih awal.

Hakikatnya UMNOLAH yang memperjuan­gkannya bersama komponen parti Barisan Nasional dan pemimpin kerajaan, malah perjanjian menunjukka­n ada tol ditamatkan 20 tahun lebih awal daripada jadual.

Negara kita akan terus membantu saudara seagama di Palestin dan Myanmar sedaya upaya dan bagi menamatkan segala penderitaa­n dan penindasan mereka alami”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia