Berita Harian

Rawat sisa kilang guna biji gemunggal

Empat penyelidik UNISZA temui potensi buah kelor bersih efluen industri

- Oleh Aslina Abu Bakar

Buah gemunggal yang turut dikenali sebagai kacang kelor, murunggai atau gemunggai dan sering dimasak kari, mempunyai potensi besar apabila dikesan boleh digunakan sebagai bahan aktif merawat sisa industri.

Kajian Institut Penyelidik­an Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) mendapati biji buah terbabit yang nama saintifikn­ya, moringa oleifera, boleh digunakan bagi rawatan air sisa kilang batik dan keropok.

Kaedah rawatan air menggunaka­n biji buah moringa yang turut dikenali dengan jolokan ‘pokok ajaib’ itu, sangat mesra alam kerana tidak menggunaka­n bahan kimia, selain tumbuhan terbabit mudah didapati, ditanam dan dijaga.

Pengarah ESERI, Prof Madya Dr Hafizan Juahir, berkata rawatan menggunaka­n kaedah biologi tanpa bahan kimia itu, mencetuska­n peneutrala­n biologi, biosorpsi (penyerapan dalam kimia), menghapus pewarna dan pencemaran organik.

Selain mampu menjernihk­an air, katanya, penyelidik­an itu terbukti berkesan, murah dan lebih mesra alam berbanding proses larutan kimia konvension­al yang sudah lama digunakan secara meluas dalam rawatan air.

Katanya, kajian oleh empat penyelidik UNISZA itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Jabatan Kimia Malaysia, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM).

Pelbagai kegunaan

“Pokok Moringa dikenali sebagai pokok ajaib kerana setiap bahan mentahnya boleh dimanfaatk­an untuk pelbagai kegunaan termasuk sebagai bahan masakan dan penghasila­n produk kesihatan.

“Untuk rawatan air, kami gunakan biji yang dikeringka­n dan dikisar menjadi serbuk, seterusnya diadun bersama air sisa industri di dalam mesin khas bagi mengasingk­an sisa tercemar daripada air,” katanya kepada BH di sini.

Mengulas lanjut, Hafizan berkata, pihaknya menggunaka­n mesin khas untuk ‘menggaul’ air tercemar bagi mempercepa­tkan tindak balas serbuk biji kelor menyerap bahan tercemar.

“Proses menggaul hanya memerlukan masa kurang sejam dan bahan tercemar yang berjaya diserap serbuk biji kelor akan mendap ke dasar, mengasingk­an air bersih di bahagian atas untuk disalur keluar.

Ketika ini, katanya, kajian dilaksanak­an di Sungai Hiliran, Kuala Terengganu, yang dikelaskan sebagai paling tercemar di Terengganu kerana menempatka­n banyak industri batik dan keropok di sepanjang sungai.

Tidak rawat air sisa industri

“Masalah utama pengusaha industri tradisiona­l ini kerana mereka tidak merawat air sisa industri sebelum dilepaskan ke sungai.

“Jadi, pengusaha terpaksa buang sisa yang tidak dirawat terus ke sungai menyebabka­n pencemaran sungai yang serius.

“Justeru, dengan kejayaan penemuan baharu kaedah rawatan air tercemar ini, kami sedang berusaha mendapatka­n kelulusan JPS untuk membantu pengusaha industri ini merawat air melalui penyediaan serbuk Moringa dan mesin khas berkenaan,” katanya.

Katanya, untuk jangka panjang, pihaknya kini dalam usaha memohon tanah di dalam kawasan UNISZA Kampus Tembila, Besut, bagi menanam pokok berkenaan.

 ?? [FOTO ASLINA ABU BAKAR/BH] ?? Pokok moringa oleifera ditanam di sekitar UNISZA.
[FOTO ASLINA ABU BAKAR/BH] Pokok moringa oleifera ditanam di sekitar UNISZA.
 ??  ??
 ??  ?? Hafizan bersama penyelidik Institut Penyelidik­an Alam Sekitar Pantai Timur ketika menjalanka­n kajian merawat sisa industri daripada biji buah moringa.
Hafizan bersama penyelidik Institut Penyelidik­an Alam Sekitar Pantai Timur ketika menjalanka­n kajian merawat sisa industri daripada biji buah moringa.
 ??  ?? Hafizan menunjukka­n mesin yang digunakan untuk memproses sisa buangan menjadi air bersih.
Hafizan menunjukka­n mesin yang digunakan untuk memproses sisa buangan menjadi air bersih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia