Berita Harian

RM100 juta setahun biaya ADAM50

Ibu bapa perlu daftar selepas anak dapat sijil lahir

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Sebanyak RM100 juta setahun dijangka dibelanjak­an bagi pembiayaan Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50), skim khas untuk anak dilahirkan pada 1 Januari 2018 sehingga tahun 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata jumlah itu berdasarka­n anggaran RM200 bagi setiap 500,000 bayi yang dilahirkan dalam setahun di negara ini.

Katanya, dana itu akan dibiayai PNB dan kerajaan secara 50:50 dengan anggaran peruntukan RM500 juta bagi tempoh lima tahun ADAM50 dilaksanak­an.

“Ibu bapa perlu membuat pendaftara­n di cawangan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) atau ejen bank ASNB selepas mendapat sijil lahir atau Mykid daripada Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

Masuk terus ke dalam akaun bayi yang diaktifkan

“Selepas mendaftar, dana RM200 menerusi inisiatif ADAM50 ini akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bayi yang diaktifkan.

“Bagi bayi Bumiputera, dana itu akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB), manakala Amanah Saham 1Malaysia untuk bayi bukan Bumiputera,” katanya pada sidang media di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah HKL, Datin Dr Nor Akma Yusuf.

ADAM50 adalah inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentang­an Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu.

Menerusi inisiatif ADAM50, bayi yang lahir pada pada 1 Januari 2018 sehingga tahun 2022 diberi RM200 sebagai dana pelaburan permulaan dan ia tidak boleh dikeluarka­n sehingga mereka berusia 18 tahun.

Terdahulu, Abdul Rahman melawat dan menyerahka­n sijil ADAM50 kepada lapan bayi yang lahir di HKL hari ini, sekali gus menjadikan mereka antara yang terawal mendapat manfaat skim berkenaan.

Buat tabungan

Abdul Rahman berkata, pihaknya turut membuat penyerahan sijil ADAM50 kepada bayi yang lahir pada 1 Januari 2018 di 30 lokasi berbeza seluruh negara termasuk di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, ibu bapa perlu mengaktifk­an dana ADAM50 anak mereka dalam tempoh setahun daripada tarikh dilahirkan, atau akan hilang peluang berbuat demikian jika melebihi tempoh terbabit.

“Saya harap, ibu bapa akan membuat tabungan bulanan semampu mungkin untuk anak mereka menikmati manfaat pelaburan berganda.

“Sebagai contoh, jika RM200 itu dibiarkan sehingga anak mencecah usia 18 tahun, gandaan pelaburan diperoleh kira-kira RM571, namun jika ibu bapa menyimpan RM100 setiap bulan, jumlah diperoleh adalah hampir RM20,000 bagi tempoh sama,” katanya.

Sementara itu, seramai 20 bayi turut menerima manfaat skim ADAM50 di Perak semalam iaitu 10 bayi di di Hospital Teluk Intan dan 10 lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, selain 10 bayi masing-masing menjadi kumpulan pertama menerima kemudahan itu di Kelantan, Johor, Melaka, Terengganu serta masing-masing lima bayi di Selangor dan Perlis.

Sebagai contoh, jika RM200 itu dibiarkan sehingga anak mencecah usia 18 tahun, gandaan pelaburan diperoleh kira-kira RM571, namun jika ibu bapa menyimpan RM100 setiap bulan, jumlah diperoleh adalah hampir RM20,000 bagi tempoh sama” Abdul Rahman Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Naib Presiden Jabatan Operasi Unit Amanah dan Pentadbira­n Rekod ASNB, Mohd Azuddin Sham Abdullah (kiri) menyampaik­an sijil ADAM50 kepada penerima di Hospital Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Naib Presiden Jabatan Operasi Unit Amanah dan Pentadbira­n Rekod ASNB, Mohd Azuddin Sham Abdullah (kiri) menyampaik­an sijil ADAM50 kepada penerima di Hospital Putrajaya, semalam.
 ?? [FOTO AZIAH AZMEE/BH] ?? Abdul Rahman (tiga dari kiri) bersama Dr Nor Akma (tiga dari kanan) serta penerima ADAM50 di Hospital Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AZIAH AZMEE/BH] Abdul Rahman (tiga dari kiri) bersama Dr Nor Akma (tiga dari kanan) serta penerima ADAM50 di Hospital Kuala Lumpur, semalam.
 ?? [FOTO FAIZ ANUAR/BH] ?? Naib Presiden Jabatan Jualan dan Pengurusan Saluran dan Jabatan Business Solutions Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Mohd Yazid Jali (dua kiri), Pengarah Hospital Shah Alam, Datin Dr Hasni Hanapi (kiri) menyampaik­an sijil ADAM50 kepada penerima di Hospital Shah Alam, semalam.
[FOTO FAIZ ANUAR/BH] Naib Presiden Jabatan Jualan dan Pengurusan Saluran dan Jabatan Business Solutions Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Mohd Yazid Jali (dua kiri), Pengarah Hospital Shah Alam, Datin Dr Hasni Hanapi (kiri) menyampaik­an sijil ADAM50 kepada penerima di Hospital Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia