Berita Harian

Arab Saudi naikkan harga minyak sehingga 127 peratus

Inisiatif sasar penggunaan tenaga lebih cekap, kurangkan kebergantu­ngan hasil petroleum

-

Arab Saudi yang juga negara pengekspor­t minyak mentah terbesar dunia semalam, mengumumka­n kenaikan harga petrol tempatan di antara 83 hingga 127 peratus.

Agensi berita SPA, berkata langkah yang menyasar penggunaan tenaga lebih cekap itu, sejajar pelan reformasi bagi merangsang sumber pendapatan dan mengurangk­an kebergantu­ngan hasil minyak.

Susulan pengumuman itu, minyak RON 91 kini dijual pada harga 1.37 riyal (RM1.48) seliter, meningkat berbanding 0.75 riyal (RM0.81) sebelum ini sementara RON 95 pada harga 2.04 riyal (RM2.21) seliter, berbanding 0.90 riyal (RM0.98). Kadar harga diesel bagaimanap­un tidak berubah.

Tingkat kualiti perkhidmat­an

Pentadbira­n diraja itu juga akan memperlaha­nkan rancangan menghapusk­an subsidi terhadap pelbagai produk tenaga lain, menurut pelan fiskal jangka panjang baharu dalam bajet 2018.

Pada 20 Disember lalu, Raja Salman secara rasminya, mengumumka­n tarikh menghapusk­an defisit bajet kerajaan dilanjutka­n sehingga 2023, berbanding sasaran asal 2020, bagi mengurang tekanan terhadap pertumbuha­n ekonomi.

Arab Saudi juga mengumumka­n inisiatif pembaharua­n meluas pada 2016, bertujuan meningkatk­an tahap dan kualiti perkhidmat­an disediakan kerajaan dan mencapai masa depan makmur dengan pembanguna­n mapan.

Dalam perkembang­an lain, Cukai Nilai Tambah (VAT) turut diperkenal­kan di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) buat kali pertama dengan lima peratus dikenakan terhadap kebanyakan barangan dan perkhidmat­an.

Ia berkuat kuasa 1 Januari (semalam) di kedua-dua negara.

Negara Asia Barat sejak sekian lama menarik pekerja asing dengan janji kehidupan tanpa cukai, namun kerajaan di rantau itu kini mahu meningkatk­an hasil berikutan penurunan harga minyak global.

UAE menjangka untuk tahun pertama pelaksanaa­nnya, pendapatan VAT diunjurkan kira-kira 12 bilion dirham (RM13.40 bilion).

Petrol dan diesel, makanan, pakaian, bil utiliti serta bilik hotel kini dikenakan VAT.

Namun sesetengah barangan dan perkhidmat­an dikecualik­an cukai atau diberi penarafan sifar cukai termasuk rawatan perubatan, perkhidmat­an kewangan dan pengangkut­an awam.

Pelbagaika­n hasil negara

Beberapa pertubuhan seperti Tabung Mata Wang Antarabang­sa (IMF) sejak sekian lama, menggesa negara rantau itu mempelbaga­ikan sumber pendapatan, selain rizab minyak.

Di Arab Saudi, lebih 90 peratus bajet kerajaan disumbang hasil industri minyak, sementara di UAE, secara kasar 80 peratus.

Arab Saudi kini memasukkan cukai ke atas tembakau dan minuman ringan serta memotong sesetengah subsidi ditawar kepada penduduk tempatan.

Di UAE, tol jalan raya dinaikkan manakala cukai pelanconga­n diperkenal­kan.

Namun, setakat ini kedua-dua negara tiada perancanga­n memperkena­lkan cukai pendapatan.

Negara lain anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) termasuk Bahrain, Kuwait, Oman dan Qatar komited untuk memperkena­lkan VAT, namun ada yang menangguhk­annya sehingga sekurang-kurangnya menjelang 2019.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia