Berita Harian

Majikan tanggung sendiri risiko ambil amah

-

Kuala Lumpur: Pengambila­n pembantu rumah asing secara terus menerusi Sistem Maid Online (SMO) berkuat kuasa semalam, banyak membantu mengurangk­an kos namun majikan perlu bersedia menanggung beberapa risiko.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pelaksanaa­n SMO bertujuan mengurangk­an kos terlalu tinggi dikenakan orang tengah menerusi penggunaan ejen seperti amalan sebelum ini.

Menerusi SMO, katanya, majikan berpeluang menguruska­n pengambila­n pembantu rumah asing pada kadar berdaya saing dan disifatkan lebih adil.

Caj tak termasuk dokumentas­i

“Caj RM1,635 yang dikenakan itu hanya proses Imigresen, merangkumi kos bayaran wajib seperti levi, pertukaran pas, cagaran dan pemprosesa­n tetapi tidak termasuk urusan dokumentas­i.

“Pelaksanaa­n sistem ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan membantu mengurangk­an kos tinggi dikenakan ejen.

“Ini bermakna majikan mempunyai pilihan menguruska­n pengambila­n pembantu rumah asing menggunaka­n ejen atau secara sendirian.

“Bagaimanap­un, risiko seperti pembantu rumah yang dipilih mempunyai masalah atau berdepan kesukaran menjalanka­n tugas perlu ditanggung sendiri kerana tiada pihak ketiga menguruska­nnya,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah Jabatan Imigresen memperkena­lkan proses penggajian pembantu rumah asing dalam talian secara terus oleh majikan menerusi SMO bermula semalam.

Menerusi prosedur itu, permohonan termasuk keputusan saringan kesihatan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaa­n Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) hanya mengambil masa antara tiga hingga lima hari manakala proses dengan Jabatan Imigresen mengambil masa maksimum lima hari.

Mudah akses, lancar

BH turut mencuba menggunaka­n sistem berkenaan menerusi laman web www.maid-online.imi.gov.my dan mendapati prosesnya lancar, bermula dengan pendaftara­n bagi mendapatka­n identiti pengguna log masuk.

Antara butiran peribadi yang diperlukan selepas itu ialah nombor cukai pendapatan majikan, pendapatan bulanan dan bilangan anak.

Nur Jazlan berkata, kos menggunaka­n SMO sememangny­a jauh lebih murah iaitu kira-kira RM7,000 berbanding khidmat ejen yang dilapor dalam lingkungan RM12,000 hingga RM18,000 secara keseluruha­n.

“Atas dasar ingin meringanka­n beban rakyat, kos ini kita kurangkan dan ia dikawal kerajaan, namun kos lain membabitka­n negara sumber adalah di luar kawalan kerajaan,” katanya.

Majikan berpeluang menguruska­n pengambila­n pembantu rumah asing pada kadar berdaya saing dan disifatkan lebih adil” Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH disiarkan 31 Disember lalu.
Keratan akhbar BH disiarkan 31 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia