Berita Harian

Spiderman, Kungfu Panda sambut murid

Lebih 135,000 murid Tahun Satu di empat negeri mulakan sesi persekolah­an semalam

-

Oleh Mohamed Farid Noh, Siti Rohana Idris, Aslina Abu Bakar dan Syaherah Mustafa

Pelbagai ragam menyelubun­gi suasana hari pertama, apabila lebih 135,000 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolah­an 2018, membabitka­n empat negeri, iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, semalam.

Ibu bapa yang bekerja turut mengambil cuti demi memastikan anak-anak yang kali pertama memasuki alam persekolah­an tidak berdepan sebarang masalah, selain menyelesai­kan bayaran tertentu yang perlu dilunaskan di sekolah.

Masa sama, pengurusan sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga berusaha mengurangk­an debaran dalam kalangan murid terbabit dengan menganjur aktiviti yang menceriaka­n suasana.

Di pinggir kira-kira 1,400 murid baharu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3, teruja dengan kemunculan watak Kungfu Panda di sekolah itu.

Guru Besarnya, Ahmad Shahir Muhammad, berkata gimik seperti itu menjadi tradisi sekolah terbabit mengalu-alukan kehadiran murid Tahun Satu pada hari pertama persekolah­an mereka sejak tiga tahun lalu.

Di seorang bapa terpaksa membawa dua anaknya meredah banjir dengan sampan sejauh dua kilometer untuk hadir pada hari pertama sesi persekolah­an di Kampung Lanchang.

Mustafa Sulaiman, 47, berkata dua anaknya, Abdul Khaidir Muadzam,

Kota Bharu, Rantau Panjang,

12, dan Adam Firdaus, 8, tetap teruja kembali ke sekolah walaupun rumah mereka terperangk­ap dengan banjir sejak dua hari lalu.

"Saya membawa anak menaiki sampan seawal jam 6.30 pagi kerana bimbang terlewat memandangk­an terpaksa mengharung­i banjir. Sebaik tiba di tempat selamat, saya membawa mereka ke sekolah dengan menunggang motosikal.

Hilangkan rasa gugup Terengganu,

Di kemunculan adiwira ‘Spiderman’ menyambut kedatangan murid Tahun Satu di SK Sultan Sulaiman 1 (SKSS1) Kuala Terengganu, membantu menghilang­kan rasa gugup murid yang baru memulakan persekolah­an itu.

Guru Besar SKSS1, Mohamad Kabidi Mohamad, berkata idea daripada Unit Kaunseling untuk membawa adiwira Spiderman bagi menceriaka­n suasana, selain menghilang­kan rasa takut murid Tahun Satu yang baru mendaftar di sekolah berkenaan, ternyata berhasil.

Di Johor, SK Parit Bilal, membuat kelainan dengan membawakan beca serta motosikal roda tiga bagi menyambut murid Tahun Satu sekolah berkenaan.

Inisiatif berkenaan hasil kerjasama sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai tanda mengalu-alukan murid baharu, selain menggembir­akan mereka.

Guru Besar SK Parit Bilal, Rahmat Atan, berkata pihak sekolah mengalu-alukan program luar kelas hasil inisiatif PIBG serta alumni bekas murid lama untuk manfaat murid baharu sekolah berkenaan.

Batu Pahat,

 ??  ?? Gelagat badut dan Kungfu Panda menceriaka­n murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3, Kota Bharu.
Gelagat badut dan Kungfu Panda menceriaka­n murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia