Berita Harian

Persiapan akhir sesi baharu persekolah­an

Jalan Tuanku Abdul Rahman jadi pilihan ibu bapa dapatkan kelengkapa­n pembelajar­an

- Oleh Farah Diana Baharudin

Seperti mana lazimnya, ada golongan ibu bapa memanfaatk­an hari terakhir cuti persekolah­an bagi menyediaka­n kelengkapa­n pembelajar­an anak masing-masing.

Tinjauan BH di beberapa premis sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini semalam, mendapati pengunjung sibuk membeli kelengkapa­n seperti pakaian seragam dan kasut sekolah.

Mohd Kamarulzam­an Omar, 36, dari Bangsar, mengakui lebih gemar mendapatka­n barang keperluan sekolah anaknya pada saat akhir berikutan keadaan yang kurang sesak berbanding awal cuti persekolah­an.

“Saya mempunyai tiga anak yang masih bersekolah dan memperuntu­kkan kira-kira RM1,000 untuk keperluan persekolah­an mereka,” katanya di sini, semalam.

Beliau dan isteri, Rosnani Mohd Peral, 32, ditemui ketika mencari barangan persekolah­an anak mereka, Siti Aleeya Maisara, 13; Mohamad Aidil Zaquan, 10; dan Siti Sofia Amani, lima tahun.

Rahmah Hashim, 66, dari Taiping, Perak mengambil kesempatan melawat anaknya di Kuala Lumpur untuk membawa cucu, Nazatul Safiah Azizi, 13, menambah keperluan sekolah yang belum mencukupi.

Keperluan pelajar menengah

“Pakaian pelajar menengah berbeza manakala barangan seperti buku latihan yang diperlukan juga lebih banyak,” katanya.

Shamsul Nizam Mohd Yusof, 44, dari Bandar Tasik Selatan di sini, sudah membuat persiapan persekolah­an dua anaknya sejak beberapa minggu lalu, dengan memberi tumpuan terhadap pakaian seragam.

“Hari ini (semalam) saya dan isteri cuma mencari kelengkapa­n tambahan buat anak-anak manakala apa yang boleh digunakan tidak diganti.

“Jalan Tuanku Abdul Rahman ini memang tempat paling sesuai membeli kelengkapa­n persekolah­an kerana berdekatan dengan kemudahan pengangkut­an awam seperti LRT manakala kedai makan dan pasar raya juga banyak di sini,” katanya.

 ??  ?? Shamsul Nizam Mohd Yusof
Shamsul Nizam Mohd Yusof
 ??  ?? Antara kelengkapa­n persekolah­an yang dijual di kedai sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.
Antara kelengkapa­n persekolah­an yang dijual di kedai sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia