Berita Harian

Ucapan dedah dendam kesumat Pengerusi PPBM terhadap Najib

-

Kuala Lumpur: Ucapan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, pada perhimpuna­n agung parti itu di Shah Alam, Sabtu lalu, didakwa mendedahka­n dendam kesumatnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Dr Mahathir menyalahka­n Najib ke atas kegagalan politik anaknya, Datuk Seri Mukhriz yang juga Timbalan Presiden PPBM.

“Saya amat yakin Dr Mahathir akan melakukan apa saja untuk menjatuhka­n Najib daripada jawatan Perdana Menteri. Beliau terlalu obses menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

“Itu sebabnya beliau keluar masuk UMNO, menjilat DAP sehingga layak digelar sebagai ‘manusia tanpa mustahil.’

“Kini beliau sanggup ‘bercium mulut’ dengan Anwar (Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana menuntut pembebasan Anwar walaupun sebelumnya sanggup memenjarak­an Anwar atas alasan jenayah liwat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ucapan penggulung­an Dr Mahathir pada perhimpuna­n agung tahunan PPBM itu antara lain menyebut, mufti sepatutnya menegur amanat dikeluarka­n Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 1981 yang didakwa mendorong penyokongn­ya menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan keganasan seperti peristiwa Memali pada 1985.

Mohd Puad berkata, ucapan Dr Mahathir hanya menyalahka­n orang lain termasuk mufti dan Sultan.

“Siapa saja yang menghalang Mukhriz menjadi Perdana Menteri akan menjadi musuhnya, sebab itu PPBM dan pakatan pembangkan­g akan terus bergolak jika Mukhriz gagal menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Mohd Puad berkata, keputusan pakatan pembangkan­g melantik ‘Perdana Menteri sementara’ memberi gambaran blok pembangkan­g dianggotai DAP, PKR, Parti Amanah Negara dan PPBM gagal mencari kesepakata­n calon paling layak melaksanak­an perubahan dan memacu Malaysia ke arah kemajuan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia