Berita Harian

Desak segera tubuh RCI

Langkah elak rakyat terus keliru peristiwa berdarah

- Oleh Junita Mat Rasid; Adha Ghazali dan Mohd Nasaruddin Parzi

Kerajaan didesak menyegerak­an penubuhan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) menyiasat tragedi Memali pada 1985 yang mengorbank­an 18 orang dan berpuluh-puluh lagi cedera bagi mengelak kekeliruan berterusan dalam rakyat berhubung peristiwa berdarah terbabit.

Desakan pelbagai pihak itu berikutan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan mufti serta PAS dalam insiden 32 tahun lalu.

Tuntutan berkenaan ada kebenarann­ya kerana penubuhan RCI akan merungkai apa yang sebenarnya berlaku pada era pentadbira­n Dr Mahathir itu walaupun kerajaan sudah membentang­kan Kertas Putih di Parlimen.

Ia diharap dapat memberi keadilan kepada ahli keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi itu, termasuk Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya serta empat anggota polis.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim, berkata penubuhan RCI akan dapat merungkai kisah sebenar dan individu bertanggun­gjawab di sebalik peristiwa berdarah itu.

Bongkar kisah sebenar

Katanya, RCI adalah badan yang selayaknya membuat penelitian dan membongkar kisah sebenar insiden berkenaan.

“RCI juga akan menghentik­an segala isu yang melingkari peristiwa berkenaan termasuk digunakan pihak tertentu termasuk ahli politik untuk meraih sokongan.

“Isu ini sudah lama dan ia sebaiknya diselesaik­an segera dan badan yang layak adalah RCI. Peristiwa Memali berkait dengan kepentinga­n rakyat khususnya ahli keluarga mangsa.

“Keluarga (mangsa) perlu mendapat keadilan sewajarnya dan ia perlu melalui proses adil seperti penubuhan RCI yang tidak terkait dengan segala bentuk pengaruh terutama politik pihak tertentu,” katanya.

Di PAS semalam membuat laporan polis mengenai ucapan Dr Mahathir pada perhimpuna­n agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Sabtu lalu, yang mengaitkan parti itu dengan tragedi Memali dan meminta kerajaan menyegerak­an penubuhan RCI supaya rakyat mengetahui fakta sebenar.

Laporan dibuat Ketua Penerangan PAS Johor, Shamsudin Jaafar di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Shamsudin berkata, kenyataan Pengerusi PPBM itu yang turut mengaitkan mufti, juga tindakan jahat dan fitnah besar

Johor Bahru,

kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Menerusi RCI, rakyat akan mendapat cerita yang benar, bukan palsu, andaian atau fitnah,” katanya selepas membuat laporan polis.

Shamsudin mendakwa kenyataan Dr Mahathir dibuat untuk melepaskan diri kerana ketika peristiwa itu berlaku beliau adalah Perdana Menteri.

“Semua kenyataan Dr Mahathir itu dibuat dengan berniat jahat dan bersifat semata-mata bagi memburukka­n nama baik Presiden PAS dan mufti.

“PAS menggesa polis mengambil tindakan segera terhadap Dr Mahathir. PAS bimbang dengan kenyataan jahat dan fitnah ini boleh menyebabka­n orang Melayu khususnya akan berpecah belah, mufti tidak dihormati dan semua yang terbabit dalam peristiwa berdarah Memali akan bermusuhan selamanya,” katanya.

Dakwa PAS peralat agama

Ketika berucap pada Perhimpuna­n Agung PPBM, Dr Mahathir dilaporkan berkata kegagalan mufti menyangkal fatwa ekstrem menerusi Amanat Haji Hadi pada 1981 sehingga membawa kepada tragedi Memali.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa mufti tidak mempersoal­kan fatwa yang disifatkan ekstrem sebagai punca tragedi berdarah Memali.

Dr Mahathir turut menyifatka­n PAS sebagai parti yang memperalat­kan agama sehingga membawa kepada ketaksuban dalam kalangan ahlinya seperti yang berlaku di Memali.

Di Timbalan Pesuruhjay­a

Alor Setar,

PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata permohonan maaf Dr Mahathir tidak menutup desakan supaya disegeraka­n penubuhan RCI bagi menyiasat peristiwa Memali.

Katanya, penubuhan RCI perlu disegeraka­n kerana semakin lama ditangguh, lagi ramai saksi peristiwa berdarah itu yang meninggal dunia.

Beliau yang mengetuai jawatankua­sa khas membela nasib mangsa tragedi itu peringkat Kedah, berkata pihaknya bersama keluarga mangsa tetap dengan pendirian insiden berkenaan adalah kesilapan pemerintah yang ketika itu ditunjangi Dr Mahathir.

“Kita setuju dengan cadangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, yang mahu RCI ditubuhkan walaupun selepas Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14). Bagaimanap­un, kalau boleh ia perlu disegeraka­n.

“Ini penting kerana mereka yang terbabit dalam insiden itu masih lagi ada hari ini termasuk Dr Mahathir, Musa, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad (bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri), Tunku Muszaffar Shah (bekas Ketua Polis Daerah Baling) serta keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi itu,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, penubuhan RCI adalah antara tujuh desakan terhadap kerajaan dalam menyelesai­kan tragedi itu.

Isu Memali timbul semula selepas Dr Mahathir dikatakan gagal menjawab soalan berkaitan kejadian itu pada satu forum sehingga menimbulka­n kekecohan, tahun lalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia