Berita Harian

Kaji kaedah akhir hukum pelajar

-

Gelang Patah: Kementeria­n Pendidikan dalam peringkat akhir untuk mengeluark­an surat pekeliling baharu mengenai kaedah hukuman ke atas pelajar.

Timbalan menterinya, Datuk P Kamalanath­an, berkata kajian akhir sedang dilakukan terhadap permintaan oleh Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) itu yang membabitka­n penambahba­ikan kepada kaedah hukuman yang dibenarkan.

Katanya, garis panduan baharu itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Garis panduan itu kini pada peringkat akhir (kajian) dan kita terbuka untuk sebarang cadangan bagi penambahba­ikan garis panduan sedia ada. Apa yang penting adalah kedua-dua belah pihak iaitu guru dan murid dilindungi dalam perkara ini,” katanya selepas melawat hari pertama persekolah­an di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gelang Patah di sini, semalam.

 ??  ?? P Kamalanath­an
P Kamalanath­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia