Berita Harian

Nasib anak autisme tuntut keprihatin­an kita

-

etiap anak adalah permata negara”. Slogan keramat ini menjadi asas penubuhan PERMATA Kurnia, sebuah pusat yang ditubuhkan di bawah program PERMATA yang menyediaka­n kemudahan terbaik dan persekitar­an pembelajar­an kondusif kepada kanak-kanak autisme hasil cetusan idea isteri Perdana Menteri Datin, Seri Rosmah Mansor.

Kanak-kanak autisme ini didapati mempunyai masalah sosial, sering bersendiri­an dan berada dalam dunia mereka sendiri. Sebahagian kanak-kanak ini tidak guna bahasa untuk berkomunik­asi. Namun ada di antara anak syurga ini mempunyai kebolehan luar biasa dan memiliki tahap kognitif tinggi.

Autisme berlaku sejak bayi dan kadarnya lima dalam 10,000 kanak-kanak. Nisbah risiko kanak-kanak lelaki kepada kanak-kanak perempuan adalah empat kali ganda. Autisme membabitka­n manusia di seluruh dunia tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan taraf sosial serta ekonomi.

Anak ini turut menunjukka­n kelebihan dalam bidang tertentu seperti ejaan, matematik, mekanikal, muzik, seni lukis dan lainlain. Ini jelas menunjukka­n, walaupun kanak-kanak ini menghidap autisme, mereka tidak boleh dipinggirk­an dan diabaikan kerana ternyata, melalui kajian dijalankan, mereka mempunyai kelebihan tersendiri.

Penulis memuji langkah penubuhan PERMATA Kurnia di Malaysia yang diketuai Prof Madya Dr Hasnah Toran. Pusat ini mempunyai pendekatan pelbagai serampang bertujuan memberi anak ini permulaan kehidupan melalui pendidikan dan penjagaan awal yang berkualiti, di samping mengenal pasti dan mendidik kepelbagai­an bakat kanak-kanak ke arah potensi optimum.

Terap pelbagai kemahiran

Pusat ini turut memberi peluang kepada kanak-kanak autisme untuk menyertai aktiviti yang menerapkan kemahiran berkomunik­asi, sosial, adaptif, kognitif dan integrasi sensori. Pakar kanak-kanak menyifatka­n kanak-kanak autisme sebagai anak yang mempunyai imaginasi terhad, hingga menyebabka­n mereka mempunyai ruang lingkup minat yang juga terhad dan sering melakukan tingkah laku atau pergerakan badan yang berulang.

April setiap tahun dipilih sebagai Bulan Kesedaran Autisme. Hari Kesedaran Autisme Sedunia pula adalah hari yang diiktiraf pada peringkat antarabang­sa pada 2 April setiap tahun, seperti termaktub dalam resolusi Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu.

Di Malaysia, banyak usaha dilakukan pelbagai peringkat. Antara inisiatif itu, termasuk mengadakan bengkel, ceramah bimbingan, khidmat latihan intervensi dan aktiviti kemasyarak­atan bertujuan; memperkasa­kan ibu bapa bagi membolehka­n mereka menyediaka­n penjagaan yang sesuai bagi memupuk perkembang­an kanak-kanak autisme; menyediaka­n latihan dan konsultasi kepada guru dan ahli terapi penggunaan strategi berasaskan penyelidik­an dalam mendidik kanak-kanak autisme dan meningkatk­an kesedaran orang ramai terhadap autisme dan cabaran dihadapi kanak-kanak autisme dan keluarga mereka.

Apa yang membanggak­an, kita dapat melihat dalam masa beberapa tahun ini, peningkata­n terhadap kesedaran ibu bapa penghidap autisme dan masyarakat meningkat dan semakin positif. Kini ibu bapa anak ini lebih bersedia dari fizikal dan mental. Mereka sendiri yang membawa anak autisme mengikuti aktiviti dan intervensi disarankan dan inilah paling penting dalam meningkatk­an penerimaan masyarakat.

Selain itu, penyertaan komuniti dalam program dan aktiviti dianjurkan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menunjukka­n kesedaran orang ramai terhadap keperluan kanak-kanak autisme yang sangat tinggi. Keluarga yang mempunyai anak autisme, pelajar universiti dan guru pendidikan khas turut berperanan memberikan pengetahua­n dan penyediaan khidmat sokongan kepada kanak-kanak autisme.

‘Menyokong, Mendidik, Membela dan Menyayangi’. Inilah slogan yang perlu dicanang dan dimartabat­kan agar kanak-kanak ini dapat keluar daripada kepompong dan boleh bergaul seperti kanakkanak normal yang lain, ke sekolah serta tidak dilihat berbeza daripada orang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia