Berita Harian

SPRM tidak akan tunduk kepada tekanan atau fitnah

-

S:

Apakah cabaran dan pencapaian SPRM sepanjang tahun 2017?

J: SPRM berada pada tahap cemerlang sejak awal tahun hingga ke penghujung 2017. Sepanjang tempoh itu, SPRM menempuh pelbagai cabaran namun sama ada mahu diakui atau tidak, nama SPRM semakin dihormati dan digeruni, malah rakyat sendiri dapat lihat kesannya.

Oleh itu, saya mencetuska­n Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH) agar rakyat dapat bersama memerangi rasuah. Pelbagai program diatur bagi mendekatka­n SPRM dengan masyarakat. Pengurusan tertinggi SPRM dan pegawai menghabisk­an masa selama dua minggu menjelajah ke pelosok negara menerusi Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR) untuk mendapat sokongan rakyat. Melalui pendekatan mesra rakyat itu, SPRM bukan sahaja dikenali dengan berita penahanan tetapi rakyat berpeluang bersemuka dengan kepemimpin­an SPRM.

S:

Adakah Tan Sri berpuas hati dengan kejayaan operasi dan tangkapan oleh SPRM?

J: Jika diukur dari segi pencapaian operasi pula, SPRM sudah membuat 875 tangkapan tahun lalu dan melakukan sitaan sama ada wang tunai atau wang yang disimpan di dalam akaun bank berjumlah RM352 juta dalam tempoh sama.

Malah, saya amat bersyukur kerana berjaya mengotakan janji saya pada rakyat Malaysia iaitu melakukan satu tangkapan atau pendakwaan terhadap pesalah rasuah pada setiap minggu bermula Januari lalu. Bagaimanap­un, perjuangan SPRM masih panjang. Saya akan memastikan langkah permulaan yang baik ini akan berterusan dan lebih cemerlang pada masa depan dengan tekad, iltizam dan kesungguha­n yang ditunjukka­n pegawai SPRM ketika ini.

S:

Adakah Tan Sri yakin pelbagai kejayaan pada tahun 2017 sesuatu yang perlu diteruskan pada 2018?

J: Sudah pasti program pencegahan dengan misi menjadi SPRM ‘Mesra Rakyat, Digeruni Perasuah’ adalah kejayaan besar SPRM dan akan diteruskan pada 2018. Program seumpama ini bukan sahaja membuka ruang kepada masyarakat mendekati SPRM, lebih penting, ia membina minda ataupun aliran fikiran masyarakat yang membenci rasuah.

Oleh itu, SPRM akan lebih menumpukan terhadap sektor pencegahan dan pendidikan masyarakat pada 2018 dan akan terus kekal sebagai pencetus budaya masyarakat benci rasuah.

S:

Apakah program lain yang perlu dikembangk­an dengan lebih meluas untuk 2018?

J: Namakan sahaja satu persatu, GERAH, KEJAR, Ikrar Bebas Rasuah (IBR), Program Ziarah Kasih, Kempen 3J (Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle), Sahabat GERAH, Program Perhimpuna­n Mahasiswa Anak Muda Memerangi Rasuah dan Salah Guna Kuasa (PEMARAH), Environmen­tal Protection and Anticorrup­tion Caucus (EPACC) dan Program Kaukus Khas Media Antirasuah (ACMC), semuanya ke arah menyatukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran.

Beberapa program lain yang dilaksanak­an tahun lalu juga akan dijadikan acara tahunan bermula 2018, antaranya Malam Puisi Rasuah dan Teater Bahara Emas. Inisiatif ini menunjukka­n SPRM sentiasa mencari platform berbeza dalam menyampaik­an mesej antirasuah.

S:

Tan Sri pernah memberi amaran kepada bakal calon Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 supaya jauhi rasuah. Apakah persediaan SPRM dalam menghadapi ‘acara’ yang paling dinanti rakyat Malaysia ini?

J: Menjelang setiap PRU, SPRM akan mewujudkan bilik gerakan operasi di setiap negeri untuk memantau aktiviti rasuah dan salah guna kuasa. Bagi memastikan tidak ada aktiviti rasuah dan salah guna kuasa, semua pegawai operasi SPRM akan berada dalam keadaan bersedia 24 jam untuk terima sebarang maklumat dan laporan berhubung perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang tertakluk bawah Akta Pilihan Raya 1957 dan Akta SPRM.

SPRM memandang serius perbuatan sedemikian yang akan menyebabka­n rakyat hilang kepercayaa­n terhadap pemimpin dan parti politik. Kita juga akan bekerjasam­a dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjay­a Pilihan Raya menjelang setiap PRU.

S:

Jadi, apa harapan Tan Sri untuk calon yang bertanding da- lam PRU nanti?

J: Calon yang menawarkan diri perlu ingat bahawa mereka yang menawarkan diri ini adalah untuk dipilih bagi melaksanak­an tugas untuk rakyat yang memilih mereka. Ia bukan satu habuan, tetapi satu tanggungja­wab yang harus dilaksanak­an dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan amanah.

Saya harap parti politik akan me- mastikan calon yang dikemukaka­n adalah mereka yang bersih dan bebas daripada isu rasuah serta salah guna kuasa. Mereka juga perlu menghindar­i diri daripada terbabit perbuatan yang tidak menyalahi akta pilihan raya dan Akta SPRM.

Calon perlulah mengetahui gerak-geri mereka sedang diperhati dan rakyat sendiri akan menilai mereka sebelum dipilih sebagai wakil rakyat. Saya harap calon tidak terbabit jenayah rasuah dan salah guna kuasa ketika pilihan raya dan selepas PRU sekiranya dilantik.

S:

SPRM sering mengatakan ‘tiada laporan, siasatan tidak berjalan’ atau ‘datang ke SPRM untuk buat laporan’ namun adakah pendedahan mengenai rasuah atau salah laku menerusi media massa dan media alternatif tidak dipandang serius oleh SPRM?

J: SPRM ada banyak saluran untuk mendapatka­n maklumat berhubung perilaku rasuah dan salah guna kuasa membabitka­n pelbagai pihak dan antara sumber utama adalah berita yang di-

 ??  ?? Dzulkifli (tiga dari kiri) dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (empat dari kiri) bergambar bersama murid sekolah sempena Kembara Jelajah Antirasuah 2017 (KEJAR'17) di SK Sungai Pinang, Balik Pulau, pada 28 September 2017.
Dzulkifli (tiga dari kiri) dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (empat dari kiri) bergambar bersama murid sekolah sempena Kembara Jelajah Antirasuah 2017 (KEJAR'17) di SK Sungai Pinang, Balik Pulau, pada 28 September 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia