Berita Harian

Banjir kembali landa 4 negeri

234 keluarga di empat daerah di Johor dipindah

- Oleh Nurul Amalina Suhaini, Ramli Ibrahim dan Shahrinnah­ar Latib

Hujan lebat berterusan awal pagi semalam, menyebabka­n 234 orang daripada 63 keluarga di daerah Kota Tinggi, Mersing, Labis dan Segamat dipindahka­n ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah masing-masing ditenggela­mi banjir.

Pengerusi Jawatankua­sa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata hujan lebat lebih dua jam membabitka­n Kampung Bukit Raja, Kota Tinggi dengan PPS dibuka mulai jam 9 pagi semalam.

Katanya, 10 orang daripada tiga keluarga dari kampung itu dipindahka­n sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Ramunia.

Beliau berkata, banjir di Mersing membabitka­n kawasan Air Papan dan beberapa kampung, termasuk Kampung Tanjung Genting, Tenglu Besar, Kelantan dan Semanyir, Endau, Air Tawar serta Taman Nakhoda membabitka­n 173 orang daripada 46 keluarga.

“Pusat pemindahan Balairaya Taman Nakhoda, Mersing, dibuka pada jam 1.45 petang, diikuti SK Air Papan (4.15 petang); SK Tenglu (4.30 petang); Balairaya Serbaguna Kampung Benaung (4.45 petang) dan Pertubuhan Peladang Kawasan Endau (5.20 petang),” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Ayub berkata, 51 mangsa daripada 14 keluarga Orang Asli di Kampung Segamat Kecil, dekat Labis turut dipindahka­n ke balai raya di kampung itu.

Dua PPS dibuka Terengganu,

Di dua PPS dibuka di Dungun bermula jam 6 petang semalam dengan menempatka­n seramai 55 mangsa daripada 20 keluarga.

Daripada jumlah itu, seramai 49 mangsa daripada 16 keluarga ditempatka­n di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor, manakala enam mangsa daripada empat keluarga di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

Pelajar terkandas Kelantan,

Di 100 pelajar di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, terkandas pada hari pertama persekolah­an apabila rumah dan jalan di kampung mereka ditenggela­mi banjir sejak awal pagi.

Banjir bermula jam 6 pagi semalam berikutan hujan lebat sejak jam 5 petang kelmarin menyebabka­n berlaku limpahan air dari Sungai Galas.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKKP) Kampung Limau Kasturi, Mohd Sokani Mat, berkata pelajar terbabit dari Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap.

Berikutan banjir itu, seramai 37 orang daripada 11 keluarga dipindahka­n ke PPS SK Limau Kasturi 2.

Sementara itu di , 34

Pahang

daripada 14 keluarga di Kampung Sri Damai dan Kampung Pandan 2, Kuantan dipindahka­n ke pusat PPS berikutan kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat, semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Kolonel (PA) Zainal Yusof berkata, PPS Dewan Sri Damai itu diaktifkan kira-kira jam 5 petang.

Proses pemindahan semua mangsa dilakukan APM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

“Bantuan awal seperti bekalan makanan dan barangan keperluan asas lain sudah diagihkan oleh wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berada di PPS berkenaan,” katanya.

Zainal berkata, hujan tanpa henti sejak Jumaat lalu dijangka berterusan sehingga esok dan meminta penduduk yang berada di kawasan rendah mendapatka­n maklumat terkini daripada pihak berkuasa.

 ??  ?? Paras air Sungai Tembeling dan Sungai Jelai di Kuala Tembeling meningkat berikutan hujan yang berterusan sejak Jumaat lalu.
Paras air Sungai Tembeling dan Sungai Jelai di Kuala Tembeling meningkat berikutan hujan yang berterusan sejak Jumaat lalu.
 ??  ?? Banjir di Kampung Limau Kasturi berikutan hujan lebat sejak jam 5 petang kelmarin.
Banjir di Kampung Limau Kasturi berikutan hujan lebat sejak jam 5 petang kelmarin.
 ??  ?? Jalan Mersing ke Jemaluang dinaiki air selepas hujan lebat.
Jalan Mersing ke Jemaluang dinaiki air selepas hujan lebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia