Berita Harian

Jemaah kita pulang umrah sah dijangkiti MERS-COV

Lelaki alami gejala demam, batuk, lemah badan, lelah selepas tiba di tanah air

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Seorang rakyat Malaysia yang baru pulang mengerjaka­n umrah disahkan dijangkiti Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERSCOV).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jemaah berusia 55 tahun berasal dari Selangor itu tiba di Malaysia pada 23 Disember lalu.

“Pada keesokan harinya, beliau mengalami gejala demam, batuk, lemah badan, lelah dan sakit kaki. Pesakit seterusnya mendapatka­n rawatan di klinik berhampira­n dan menerima rawatan sebagai kes demam.

“Pada lewat malam 28 Disember, beliau datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan dimasukkan ke wad HTAR untuk mendapatka­n pemeriksaa­n lanjut.

Pesakit stabil

“Mengambil kira sejarah perjalanan­nya yang baru kembali menunaikan umrah, ujian saringan MERSCOV dijalankan Hospital Sungai Buloh pada 30 Disember dan ujian pengesahan dijalankan Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR) pada 31 Disember mendapati positif sindrom berkenaan.

“Ketika ini, pesakit berada dalam keadaan stabil dan sudah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, pesakit juga memaklumka­n ketika berada di Tanah Suci, beliau meminum susu unta mentah dan bersentuha­n dengan unta ketika melawat ladang haiwan berkenaan.

Kementeria­n Kesihatan juga sedang menjalanka­n aktiviti pencegahan dan kawalan, termasuk pengesanan serta pemantauan ke atas kontak rapat pesakit seperti ahli keluarga, jemaah umrah dalam kumpulan sama, anggota kesihatan di fasiliti kesihatan yang merawat dan kontak rapat dalam pesawat yang dinaiki pesakit.

“Amalan pencegahan dan kawalan infeksi dalam kalangan anggota kesihatan turut dipertingk­atkan, selain pemantauan terhadap status kesihatan anggota kesihatan terbabit dalam mengendali­kan kes berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, merujuk kepada laporan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), punca dan cara jangkitan MERS-COV masih belum dikenal pasti.

 ??  ?? Ketua Pengarah Kesihatan Keratan akhbar BH pada 29 Julai 2015.
Ketua Pengarah Kesihatan Keratan akhbar BH pada 29 Julai 2015.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia