Berita Harian

Caj tak relevan, perkhidmat­an takuk lama

-

Alor Setar: Tindakan mengenakan caj tambahan RM3 sehala bagi tiket feri Langkawi yang dibeli di kaunter sehingga menyebabka­n harganya naik disifatkan tidak bertanggun­gjawab dan sabotaj kepada kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata walaupun tidak membabitka­n penduduk tetap Langkawi, tindakan itu dilihat tidak kena pada masanya kerana ia secara langsung menaikkan kemarahan rakyat.

“Rakyat perlu sedar tindakan ini diambil tanpa mengambil kira pandangan kerajaan negeri dan Pemuda UMNO Kedah amat yakin kerajaan negeri ditunjangi UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan membenarka­n perkara ini daripada berlaku.

“Oleh yang demikian, Pemuda UMNO Kedah menuntut agar pihak syarikat menarik balik caj perkhidmat­an RM3 yang dikenakan. Bagi Pemuda UMNO Kedah caj ini tidak relevan sama sekali kerana rata-rata perkhidmat­an feri sedia ada masih kurang memuaskan dan perlu diperbaiki,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Cetus kontrovers­i

Kenaikan tambang feri susulan caj tambahan RM3 bagi kedua-dua laluan iaitu Kuala Kedah dan Kuala Perlis mencetus kontrovers­i apabila ia disahkan tidak dimaklumka­n kepada kerajaan negeri.

Kenaikan itu hanya diketahui selepas pengguna perkhidmat­an berkenaan sendiri memuat naik foto mengenai tiket feri Langkawi dengan kadar harga baharu, yang didakwa berkuat kuasa 1 Januari 2018.

Caj berkenaan tidak dikenakan kepada penduduk tetap Langkawi dan mereka yang membeli tiket dalam talian.

Caj tiket di kaunter itu didakwa menggalakk­an orang ramai membeli dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia