Berita Harian

Kadar kenaikan terlalu tinggi

Ramai penumpang bantah, tak dimaklum harga baharu

- Oleh Noorazura Abdul Rahman

Harga baharu tambang feri ke Langkawi yang dinaikkan RM3 bagi pembelian di kaunter bermula semalam, mengejutka­n ramai penumpang.

Tambahan RM3 itu adalah bagi perjalanan sehala sama ada dari jeti Kuala Kedah atau Kuala Perlis, tetapi pembeli da- lam talian tidak dikenakan caj itu.

Bagaimanap­un, tindakan itu dibantah orang ramai kerana kadar kenaikanny­a disifatkan mendadak dan terlalu tinggi.

Penumpang, Zulkifli Ahmad, 49, mengakui terkejut dengan perkara itu kerana dilakukan tanpa makluman kerana beliau dan keluarga baru sahaja membelinya pada harga RM23 sehala kelmarin.

Hairan tiada baki

“Semalam (kelmarin) saya bersama tiga lagi ahli keluarga ke Langkawi dari Kuala Kedah kerana ada kecemasan, apabila mahu pulang hari ini (semalam), saya memberikan duit RM100 kepada anak untuk beli empat tiket dengan harga RM92, bagaimanap­un anak saya minta lagi duit katanya tak cukup.

“Saya hairan kerana sepatutnya akan ada baki, namun apabila bertanya kepada penjual tiket baharu kami tahu harga tiket feri sudah naik hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui di Terminal Feri Kuala Kedah, di sini.

Sebelum ini, harga tiket sehala dari jeti Kuala Kedah ke Langkawi bagi dewasa ialah RM23, manakala kanak-kanak RM17.

Pengguna terbeban

Bagi perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi pula, harga lama ialah RM18 bagi dewasa dan RM12 kanak-kanak.

Pelancong dari Kuala Lumpur, Imran Abdul Hamid, 35, berkata kenaikan harga tiket tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan menyebabka­n ramai pengguna terbeban, terutama bagi mereka yang berkeluarg­a.

“Untuk menggalakk­an lebih ramai pelancong ke Langkawi, harga tambang feri tidak perlu dinaikkan, dengan kejatuhan mata wang ringgit, saya berpendapa­t ramai rakyat Malaysia memilih melancong di dalam negeri.

“Kenaikan harga tiket sedikit sebanyak akan menjejaska­n industri pelanconga­n kerana orang ramai terpaksa berfikir dua kali untuk bercuti ke Langkawi selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Operasi Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Kuala Kedah), Ahmad Azizan Aziz, ketika diminta mengulas perkara itu berkata pihak pengusaha sudah mengadakan perbincang­an dengan Jabatan Laut Malaysia sebelum mengenakan caj terbabit.

“Bagi penduduk Langkawi, harga tiket masih sama, iaitu RM20 (sehala) dan mereka hanya perlu menunjukka­n kad pengenalan ketika di kaunter sebagai bukti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia