Berita Harian

Aliff Syukri terkejut kereta mewah disita JPJ

Jutawan kosmetik dakwa urusan bayaran cukai dibuat pengurus

- Oleh Fazrik Kamarudin

Jutawan kosmetik terkemuka, Datuk Seri Aliff Syukri, mendakwa tidak tahumenahu mengenai urusan pembayaran cukai kereta mewah miliknya yang disita dalam operasi pihak berkuasa, malam kelmarin.

Malah, pengasas syarikat D’herbs itu terkejut sebaik dimaklumka­n kereta mewah miliknya disita pihak Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menerusi Ops Patuh di Jalan Bangsar di sini, malam kelmarin.

Bayaran cukai

“Bukan saya yang uruskan pembayaran cukai kereta itu.

“Saya tidak tahu-menahu mengenai pembayaran cukai kereta. Semua perkara berkaitan kereta diuruskan oleh pengurus saya.

“Saya bukan ada satu kereta, saya ada banyak kereta.

“Esok (hari ini) saya pulang ke Malaysia untuk menyelesai­kan perkara ini. Saya ingin meminta maaf kepada JPJ jika ada buat salah,” katanya kepada BH ketika dihubungi, semalam.

Aliff kini berada di Bali, Indonesia atas urusan perniagaan.

Malam kelmarin, JPJ menyita kereta mewah jenis Rolls Royce Pengasas D’herbs Ghost milik jutawan itu dalam Ops Patuh.

Dua warga Australia berada dalam kenderaan berkenaan turut ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu sah di negara ini dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Kesalahan tipu lokasi

Pemeriksaa­n lanjut mendapati kenderaan itu memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan Sarawak, tetapi ia digunakan di Semenanjun­g.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, dipetik sebagai berkata, kesalahan itu dikategori­kan sebagai penipuan lokasi perisytiha­ran penggunaan LKM.

Difahamkan, kereta mewah berharga lebih RM1 juta itu disewa oleh dua warga asing terbabit dari agensi kereta sewa mewah milik Aliff Syukri.

 ?? [FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] ?? Anggota JPJ memeriksa kenderaan milik Aliff Syukri yang disita dalam operasi Ops Patuh di Jalan Bangsar, malam kelmarin.
[FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] Anggota JPJ memeriksa kenderaan milik Aliff Syukri yang disita dalam operasi Ops Patuh di Jalan Bangsar, malam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia