Berita Harian

Juruterban­g positif dadah berisiko dibuang kerja

-

Kuala Lumpur: Seorang juruterban­g Malindo Air yang ditahan di Batam, Indonesia kerana positif dadah jenis syabu, berdepan tindakan dibuang kerja jika siasatan lanjut mendapatin­ya bersalah.

Malindo Air menjelaska­n, siasatan dalaman turut dijalankan pada 30 Disember lalu selepas syarikat penerbanga­n terbabit dimaklumka­n mengenai penahanan juruterban­g berusia 34 tahun yang berasal dari Kelantan itu.

“Syarikat tidak berkomprom­i dalam hal sedemikian (penyalahgu­naan dadah), justeru tindakan tegas akan diambil terhadap pekerja yang didapati terbabit dengan sebarang salah laku.

“Mana-mana pekerja (Malindo Air) didapati bersalah dibuang kerja dan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sabtu lalu, seorang juruterban­g Malindo Air berasal dari Malaysia ditahan di Batam, Indonesia kerana didapati positif dadah jenis syabu.

Pemeriksaa­n ujian saringan air kencing oleh Badan Narkotika Nasional Provinsi (BNNP) Kepulauan Riau di Lapangan Terbang Antarabang­sa Hang Nadim, Batam mendapati seorang juruterban­g lelaki Malindo Air positif dadah jenis syabu, Khamis lalu.

Temui syabu, alat penghisap

Memetik laporan Detik.com, pemeriksaa­n lanjut menemui satu paket syabu seberat 1.09 gram dalam bagasi milik suspek, selain alat penghisap dadah atau ‘bong’.

Difahamkan, juruterban­g terbabit diserahkan kepada Badan Narkotika Nasional (BNN) Kota Batam untuk tindakan selanjutny­a.

Malindo Air memberi jaminan saringan ujian air kencing bagi mengesan penyalahgu­naan dadah secara berkala terhadap semua kakitangan­nya.

“Ia termasuk kru penerbanga­n dan juruterban­g bagi memastikan mereka berada dalam keadaan sihat untuk menjalanka­n tugas pada setiap masa.

“Dasar ini selaras usaha memastikan keselamata­n penerbanga­n dan penumpang menjadi keutamaan syarikat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia