Berita Harian

Bayi perempuan hadiah terakhir isteri

Wanita meninggal dunia akibat sesak nafas 19 hari selepas lahir anak kelima

- Oleh Mohamed Farid Noh

Seorang isteri di Taman Soga, di sini, sempat melahirkan satu-satunya anak perempuan yang sekian lama ditunggu sebelum menghembus­kan nafas terakhir, awal pagi semalam.

Roslina Ariffin, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas kira-kira jam 2 pagi, selepas melahirkan anak kelimanya, Nur Aishy Amanda, 19 hari lalu.

Empat lagi anak pasangan berkenaan adalah lelaki berusia antara lima hingga 16 tahun.

Suami Allahyarha­m, Azrow Othman, 43, berkata beliau tidak menyangka isterinya meninggalk­an mereka selepas melahirkan anak bongsu.

Isteri tiada penyakit

Katanya, Roslina yang melahirkan anak bongsu mereka menerusi pembedahan tiada penyakit atau menghadapi sebarang masalah ketika mengandung.

“Namun pada jam 11.45 malam tadi (semalam), isteri tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum pengsan. Saya membawa isteri ke sebuah hospital swasta, namun doktor mengesahka­n isteri meninggal dunia pada jam 2 pagi.

“Saya tidak sangka isteri akan pergi selepas 19 hari melahirkan anak bongsu yang juga satu-satunya anak perempuan yang sudah kami nantikan sejak empat tahun lalu.

Tak mampu tahan kesedihan

“Saya sendiri buntu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan tanpa isteri di sisi,” katanya kepada ketika ditemui di rumahnya.

Azrow turut dilihat tidak mampu menahan kesedihann­ya apabila beberapa kali menangis ketika menceritak­an kisah isterinya kepada wartawan BH.

Sementara itu, anak sulung arwah, Muhammad Aniq Azriel, 16, berkata mengikut perancanga­n ayah, arwah ibu serta adik beradiknya yang lain hendak menghantar­nya pulang ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian, semalam, namun tidak sempat menghantar­nya seperti selalu.

 ?? [FOTO ADI SAFRI/BH] ?? Azrow memangku Nur Aishy Amanda ketika ditemui di Taman Soga, Batu Pahat, semalam.
[FOTO ADI SAFRI/BH] Azrow memangku Nur Aishy Amanda ketika ditemui di Taman Soga, Batu Pahat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia